Bantal “customize” adalah satu lagi idea yang bernas kerana boleh disuai padan mengikut citarasa pereka dan penerima.
Pada masa kini terdapat cara mudah untuk menghasilkan bantal “customize” yang menggunakan mesin “heat press”. Ianya juga popular kerana mereka boleh meletakkan apa-apa gambar atau perkataan untuk menyatakan perasaan mereka.
Seperti yang anda lihat, memberi hadiah tidak perlu menjadi sesuatu yang membosankan atau mahal. Idea-idea DIY yang mudah benar-benar boleh menghasilkan hadiah yang mempunyai personaliti dan yang kekal sepanjang hayat. Hanya meletakkan beberapa cetusan idea dan kreativiti dalam hadiah anda akan membuatkan rakan sekerja dan orang tersayang anda berasa kagum.