Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk rakyat Malaysia khususnya dalam berdepan pandemik Covid-19. Kesan daripada itu ramai yang terjejas pendapatan lebih-lebih lagi ada yang dibuang kerja dan banyak perniagaan yang akhirnya gulung tikar. Dalam mendepani keperitan itu, pihak kerajaan telah mewujudkan pelbagai bantuan kewangan untuk mereka yang terjejas.
Menerusi Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan pelbagai bantuan. Bantuan yang dinyatakan juga hadir dalam pelbagai bentuk dan inisiatif. Ia bukan sahaja memberi kepada individu, malah dapat juga dimanfaatkan oleh syarikat dan organisasi.
Untuk perkongsian kali ini, beberapa jenis bantuan kewangan bagi tahun 2021 akan kami kongsikan untuk anda. Bagi mereka yang layak boleh teruskan untuk memohonnya sebelum tamat tarikh permohonan.
Bantuan Kewangan 2021
1. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0)
Bantuan Prihatin Nasional telah diperkenalkan sejak April 2020. Atas faktor keperluan rakyat, bantuan ini telah diperkenalkan untuk fasa yang kedua.
BPN 2.0 adalah bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional kepada golongan berpendapatan B40 dan M40 (kadar pendapatan di Soalan.5) untuk meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.
Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan sebelum ini. Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.
2. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini khas diperkenalkan untuk tahun 2021 ini. Pada asasnya BPR ini adalah bantuan baharu yang telah diperbaik daripada BPN sebelum ini.
BPR ini telah pun dikreditkan kepada akaun rakyat melalui beberapa fasa. Fasa pertama pembayaran adalah pada 24 Januari 2021.
3. i-Sinar
Seterusnya adalah bantuan kewangan i-Sinar. i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Jumlah amaun yang dapat dikeluarkan adalah RM10,000 daripada akaun 1.
Jika sebelum ini i-Sinar hanya ditawarkan kepada individu yang layak. Namun, pihak KWSP telah membenarkan semua ahli untuk membuat proses permohonan bermula 8 Mac 2021.
4. i-Lestari
i-Lestari juga merupakan salah satu bantuan kewangan melalui KWSP. Namun perbezaannya adalah, bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran,
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
5. Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. untuk mereka yang lulus untuk bantuan ini ,memang anda akan dapat duit bantuan ini daripada kerajaan. Terdapat 11 jenis bantuan JKM yang anda mungkin layak untuk mohon.
1.Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
2.Elaun Pekerja Cacat (EPC)
3.Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
4.Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
5.Bantuan Orang Tua (BOT)
6.Bantuan Am Persekutuan (BA)
7.Bantuan Anak Pelihara (BAP)
8.Bantuan Latihan Perantis (BLP)
9.Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10.Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11.Tabung Bantuan Segera (TBS)
Buat anda yang layak dan masih lagi belum mendaftar, ambil kesempatan ini untuk membuat permohonan mengikut kelayakan. Semoga bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban anda.
Jika anda berhasrat untuk menggunakan wang bantuan tersebut untuk mula berniaga, apa kata anda cuba berniaga dalam bidang percetakan. Ya! di DIYPrintingSupply kami tawarkan pelbagai pakej cetakan cenderahati yang menarik. Jom sertai kami dan jana lebih pendapatan. Jika berminat boleh hubungi urusetia kami di sini untuk maklumat lanjut.