Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, ramai yang terkesan sehingga ada yang dibuang kerja dan hilang punca pendapatan kerana perniagaan terjejas. Bab duit ni jangat buat main. Boleh tak tido malam dibuatnya. Tetapi beruntung kita sebagai rakyat Malaysia, dalam keadaan sebegini kerajaan mendengar rintihan rakyat dengan menyediakan pelbagai bantuan. Salah satu daripadanya adalah Bantuan Sara Hidup (BSH).

Bantuan Sara Hidup ni apa?

Pernah dengar tentang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tak? Mesti pernah kan.

BR1M ini telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak semasa zaman pemerintahannya.

Namun apabila kerajaan sudah beralih kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, BR1M telah ditukar namanya kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Bagi yang tidak tahu, kerajaan memberi bantuan secara lebih bersasar kepada golongan B40. Bantuan ini diberikan kepada golongan yang benar-benar layak iaitu bergantung kepada saiz isi rumah. Seramai 4.1 juta isi rumah akan menikmati bantuan ini dengan peruntukan sebanyak RM5 bilion. Wow banyaknya!

Kelayakan Bantuan Sara Hidup

Golongan sasaran dan penerima BSH

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, BSH ini tertumpu kepada golongan B40. Mungkin ada yang tidak tahu siapakah yang tergolong dalam kumpulan B40 ini.

Menurut, Jabatan Perangkan Negara atau Department of Statistics, Malaysia (DOSM) mentakrifkan golongan B40 merupakan isi rumah berpendapatan di bawah RM4,850.

Dalam pada itu, untuk golongan sasaran dan penerima BSH pula, ada pembahagian dan klasifikasi yang telah ditetapkan.

Golongan Sasaran BSH

  1. Warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia sahaja.
  2. Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia.
  3. Anggaran jumlah pendapatan bulanan isi rumah ialah RM4,000 dan ke bawah.

Syarat penerima BSH

  1. Isi rumah bergaji bulanan RM2,000 dan ke bawah (mendapat bantuan RM1,000).
  2. Isi rumah bergaji bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 (mendapat bantuan RM750).
  3. Isi rumah bergaji bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 (mendapat bantuan RM500).
  4. Isi rumah bergaji bulanan RM2,000 dan ke bawah, tetapi mempunyai tanggungan 4 anak berumur 18 tahun ke bawah (mendapat bantuan tambahan RM120 untuk setiap anak).

Haa ada yang tergolong tak? Kalau ada boleh laa buat permohonan. Tapi nak mohon dekat mana?

Cara permohonan BSH

Untuk permohonan Bantuan Sara Hidup Rakyat ini, anda boleh lalukan dengan dua cara;

  1. Permohonan melalui talian https:/bsh.hasil.gov.my
  2. Mohon melalui aplikasi Permohonan Bantuan Sara Hidup yang boleh dimuat turun melalui telefon bimbit anda dari Play Store atau App Store.

Mudah kan? jadi boleh pilih antara dua cara ini. Kedua-duanya secara dalam talian dan hanya perlu mengisi maklumat yang telah ditetapkan sahaja. Yang paling penting, tak perlu lagi beratur panjang dan berpanas. Mohon secara online dan tunggu keputusannya.

Poster BSH

Soal jawab tentang BSH

Dalam setiap proses permohonan, pasti ada beberapa perkara berbangkit yang menjadi persoalan dalam kalangan pemohon. Jadi, kami akan kongsikan jawapan untuk persoalan anda tentang BSH ini.

1. Siapa yang layak terima BSH?

  • Mereka yang telah berkahwin
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak
  • Warga emas hidup sebatang kara

2. Status perkahwinan

  1. Kahwin di luar negara: Tidak layak mohon. Hanya pasangan yang menetap di Malaysia sahaja yang layak memohon.
  2. Pasangan bukan warganegara: Layak mohan. Jika ada anak, anak mereka perlulah warganegara Malaysia
  3. Hilang sijil nikah: Layak mohon. Boleh gunakan kad nikah atau sijil lahir anak sebagai dokumen sokongan pengesahan status pengesahan.
  4. Bujang ada anak angkat: Tidak layak mohon

3. Bagaimana untuk mereka yang tinggal di pedalaman?

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank masing-masing. Namun bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank, mereka akan menerima bantuan tersebut melalui wakil dari BSN.

4. Penerima yang diisytiharkan muflis

Jika akaun bank diisytihar muflis atau disenarai hitam, anda boleh menghubungi Jabatan Insolvensi Malaysia bagi meminta kebenaran pengeluaran wang.

5. Penerima meninggal dunia

Jika penerima telah meninggal dunia sebelum atau selepas bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank, waris atau wakil perlu hadir ke bank untuk proses pengeluaran.

6. Kenapa permohonan BSH gagal?

Terdapat beberapa sebab permohonan anda tidak diterima, iaitu:

  • Maklumat akaun bank tidak tepat.
  • Pengenalan pemilik akaun tidak sama seperti pengenalan pada permohonan BSH 2019
  • Status akaun yang dilaporkan ialah Akaun Bersama / Akaun Dormant / Akaun Tidak Aktif
  • Status akaun bank tersenarai sebagai senarai hitam bank

7. Cara semak status pembayaran BSH

Cara untuk membuat semakan status pembayaran ialah:

  • Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon bimbit semasa permohonan BSH 2019
  • Klik Menu MyBSH
  • Masukkan Nombor MyKad
  • Klik Butang Mohon TAC
  • Nombor TAC akan dihantar ke Nombor Telefon Bimbit
  • Masukkan TAC di ruang yang disediakan
  • Klik butang Hantar
  • Paparan Skrin MyBSH dan pilih Semakan Status

8. Cara pembayaran

Pembayaran Bantuan Sara Hidup akan dikreditkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui akaun bank yang baharu secara automatik. Maklumat tentang akaun baharu ini boleh diperoleh melalui portal BSH.

bantuan sara hidup

Jadi itulah serba sedikit penerangan tentang BSH ini. Buat makluman anda, BHS ini telah dilaksanakan selama 2 tahun iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Sejajar dengan inisiatif ini, pihak kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddid Yassin juga ada memperkenalkan beberapa bantuan lain seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Bantuan Prihatin Nasional

Jika anda antara yang terkesan dikala pandemik ini, apa kata anda ambil peluang ini untuk mulakan perniagaan anda sendiri. Tiada modal? Jangan risau kami sediakan pembiayaan ansuran untuk anda.

Sertai kami dengan menjadi sebahagian daripada usahawan bidang percetakan yang berjaya. Segala alatan dan latihan keusahawanan akan kami sediakan. Jom buat duit dengan kami!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?