Terdapat pelbagai jenis mesin heat press yang berada di pasaran, tetapi mesin heat press jenis ‘flat’ adalah perlaburan terbaik buat pemilik bisnes baru yang mempunyai bajet.

Kenapakah mesin flat heat press sangat berbaloi?

Pertama sekali, mesin flat heat press adalah sangat mudah untuk digunakan. Untuk hasil percetakkan yang optimum, anda dinasihatkan agar membeli mesin tersebut daripada penjual yang ada menyediakan khidmat training dan memberi nasihat teknikal seperti di DIY Printing Supply SDN BHD.

Selain daripada itu, mesin flat heat press sangat berbaloi kerana ia boleh mencetak pelbagai jenis objek yang mempunyai permukaan rata termasuklah baju, sarung kusyen, jigsaw puzzle, pelapik tetikus dan banyak lagi!

Tambahan pula, mesin flat heat press ini mempunyai permukaan yang sederhana besar dan secara tidak langsung, memudahkan anda untuk menyimpannya. Anda tidak perlu menyediakan ruang yang besar untuk menyimpan mesin tersebut.

Ciri-ciri mesin Flat Heat Press:

  • Kawalan suhu digital dan pemasa digital automatik
  • Pelarasan tekanan mudah
  • Papan pemanas aluminium untuk penyerapan haba yang efektif
  • Penampilan estetik serta tidak bising
  • Keselamatan dan jangka hayat lebih lama

Bagi anda yang mempunyai bajet lebih, anda boleh memilih untuk beli pakej kombo 8-dalam-1 kami. Pakej ini mempunyai pelbagai fungsi berguna kerana ia disertakan dengan flat heat press dan juga pelbagai jenis acuan lain seperti mug, pinggan dan lain-lain. Jika anda membeli pakej kombo 8-dalam-1, production anda dapat diluaskan dengan pelbagai objek yang lain-lain.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?