Perniagaan Baju Bundle – Menceburi bidang perniagaan ini pastinya banyak persediaan yang perlu dilakukan. Daripada modal yang ingin dilaburkan sehingga matlamat keuntungan yang ingin dicapai. Untuk menjadi seorang peniaga, anda perlu berhadapan dengan pelbagai risiko. Tapi jika setiap risiko tersebut dihadapi dengan berjaya pasti ianya akan membuahkan hasil dengan perancangan dan strategi yang berkesan.

Bagi anda yang berminat untuk mulakan perniagaan bundle, anda merupakan seorang yang berani! Kenapa berani? Ini kerana pasaran bundle ini sangat besar dan untuk mendapatkan keuntungan yang besar, anda perlu mengeluarkan modal yang agak besar. Walau bagaimanapun, masih ada peluang untuk anda berjaya dalam perniagaan ini.

Apa itu bundle?

Mungkin rata-rata daripada kita mempunyai fahaman bahawa bundle adalah pakaian atau barangan terpakai. Namun iainya bukan sekadar itu. Bundle juga adalah salah satu industri yang menawarkan pelbagai jenis pakaian terpakai pada harga yang murah. Selain itu, bundle turut menawarkan pelbagai jenis pakaian yang rare dan fashionable yang tidak ditawarkan di kedai-kedai pakaian sekitar pusat beli belah. Yang paling benting bundle ni murah. Asalkan pakaian masih elok untuk digunakan, apa salahnya untuk kita gayakan.

Sejak akhir-akhir ini, perniagaan bundle ini juga semakin mendapat perhatian dan minat orang ramai sehingga ada yang berniaga bundle secara online. Seronok bila tengok para peniaga bertungkus-lumus untuk mempromosikan baju bundle mereka di sesi live Facebook dan Instagram. Ini membuktikan jika kita ada passion dan minat, tidak mustahil untuk kita berjaya dengan menjual pakaian bundle.

Bagi perkongsian kali ini, khas untuk anda peminat bundle dan mereka yang baru berjinak-jinak untuk berniaga. Kami akan bantu dan beri anda panduan bagaimana untuk memulakan perniagaan baju dan barangan bundle.

kedai baju bundle jalan-jalan japan

5 panduan untuk mulakan perniagaan baju bundle

1. Pilih platform perniagaan

Jika dahulu kita sering melihat perniagaan bundle ini di pasar malam atau di uptown. Tapi zaman sudah pun berubah. Bundle kini telah meluaskan lagi pasaran mereka kepada satu tahap yang lebih tinggi. Sekarang bundle telah dibuka dalam skala yang lebih besar. Antara bundle yang terkenal di Malaysia adalah JBR Bundle, Baden Baden Bundle, Abe Bundle dan banyak lagi. Tidak ketinggalan ada juga bundle yang memperkenalkan produk dari luar negara contohnya seperti Jalan-Jalan Japan dan Bonduru Store.

Dalam menentukan platform peniagaan baju bundle ini, perkara yang menjadi pengaruh utama adalah modal. Jika anda mempunyai modal yang besar, tidak salah untuk anda terus mulakan seperti kedai bundle yang kami nyatakan. Tetapi jika modal anda kecil, ada beberapa platform perniagaan yang anda boleh cuba;

  1. Berniaga bundle di depan rumah
  2. Bundle secara online
  3. Buka bundle di pasar malam

Ini 3 platform bagi anda yang newbie dalam perniagaan. Beri fokus untuk strategi pemasaran sebelum memikirkan soal keuntungan. Jika kita bijak dalam berniaga, pasti kita mampu bertahan.

baju bundle pasar malam

2. Daftar perniagaan

Bagi anda yang membuat keputusan untuk membuka bundle di sebuah premis rumah kedai dan mempunyai nama perniagaan sendiri, terlebih dahulu anda perlu daftarkan perniagaan.

Anda perlu dapatkan dahulu kedai dan lokasi di mana anda ingin buka kedai bundle tersebut. Dapatkan semua maklumat tentang kedai ini seperti kadar sewaan, deposit yang akan dikenakan, keluasan kedai dan lain-lain.

Kemudian, anda boleh dafaftar perniagaan anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sediakan salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan – Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan permohonan lesen dengan Majlis Perbandaran nanti.

Bagi mereka yang berniaga bundle secara online, anda tidak perlu mendaftarkan perniagaan anda sebagai permulaan. Untuk yang berniaga bundle di pasar malam, pastikan anda memohon lesen untuk berniaga terlebih dahulu.

Daftar Perniagaan

3. Pengubahsuaian kedai baju bundle

Sebelum anda memulakan perniagaan, penting untuk anda membuah pengubahsuaian terlebih dahulu untuk keselamatan kedai dan menarik minat pelanggan.

Apa yang anda lakukan adalah kerja-kerja ubah suai seperti wiring, partition, cat dan CCTV. Semua kerja pengubahsuaian ini mesti selesai sebelum rak dipasang. Kedai bundle anda tidak perlu nampak mewah, nanti customer takut nak masuk kerana nampak macam kedai pakaian mahal. Cukup sekadar nama tersusun & kemas. Apa yang anda perlu hanya lampu yang banyak kerana kedai perlu nampak terang. Lampu perlu dipasang semasa kedai beroperasi.

Bagi pemasangan rak pula, budget untuk rak mestilah tidak lebih daripada 30% nilai barang. Rak adalah kos hangus yang tidak mendatangkan duit. Lebih baik duit di habiskan pada stok barang yg boleh dijual. Sediakan juga banner atau papan tanda untuk orang ramai tahu tentang kedai anda. Sebaiknya letakkan notis 1 minggu awal untuk memberitahu yang anda akan membuka kedai bundle di situ.

ubah suai kedai

4. Pembelian stok baju bundle

Untuk pembelian stok baju bundle pula, kebiasaannya ia dijual dalam bentuk guni.

Kebanyakan bundle diimport dari negara luar macam United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan lain-lain negara. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil bundle. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian tersebut masih ada ada taging. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung. Boleh jadi juga pakaian ini adalah pakaian ‘reject item’ atau stok lama dari kedai.

Untuk harga guni pula bermula serendah RM10 sehingga ratusan ringgit mengikut berat setiap guni tersebut. Anda boleh dapatkan daripada mana-mana pembekal bundle. Boleh juga beli dari Shopee tau!

stok baju bundle

5. Promosi yang menarik

Kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan bukanlah hanya kepada kualiti produk semata-mata, elemen lain yang penting adalah cara anda mempromosikannya.

Selain daripada menawarkan potongan harga, banyak lagi cara lain yang anda boleh lakukan. Satu tips khas untuk para peniaga bundle ini adalah dengan anda sebagai owner jaga sendiri kedai dalam 3 bulan pertama. Kenal customer anda dan dapatkan feedback daripada mereka tentang barang apa yang mereka perlukan. Secara tidak langsung ia mampu dalam memperbaiki kualiti perkhidmatan kedai bundle anda.

Jika dalam masa 3 bulan tersebut, jualan anda agak perlahan, usahakan lagi pelbagai promosi sehingga iainya mampu membuahkan hasil. Dengan usaha dan iltizam, anda mampu berjaya mengaut keuntungan sehingga ribuan ringgit.

promosi baju bundle

Bagi yang nak mulakan perniagaan bundle, jangan ragu-ragu. Cuba dahulu baru kita tahu potensi diri. Untuk anda yang ingin cuba berniaga dalam bidang percetakan. Ya! anda boleh cetak cenderahati custom pada t-shirt, mug, tote bag dan banyak lagi. Jika anda peniaga bundle yang nak sediakan servis tambahan untuk printing pun boleh. Pelbagai pakej menarik kami tawarkan untuk anda. Jom sertai kami sekarang di DIYPrintingSupply.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?