Sedang mencari idea untuk dapatkan duit lebih? Tapi bukan mudah untuk jana pendapatan kalau anda tak tahu macam mana nak mulakan bisnes.

Untuk mulakan perniagaan (tak kiralah apa jenis bisnes pun), anda perlu mengambil kira pelbagai perkara dan perlu membuat pengiraan secara bijak. Kalau tidak, macam-macam masalah akan timbul dan anda mungkin akan kehilangan bajet yang anda dah letak untuk mulakan perniagaan tu.

Tapi tak mengapa. Ada beberapa jenis bisnes yang anda boleh mulakan tanpa modal yang begitu besar dan juga bisnes-bisnes macam ni selalunya tak banyak risiko.

1. Bisnes gerai makanan

Biasanya untuk memulakan perniagaan yang berunsurkan makanan ni, modal bukan perkara pertama yang anda perlu ambil kira. Sebab pertama sekali, anda perlulah mempunyai skill memasak dan menghias. Walaupun bunyinya macam tak penting, anda sebenarnya perlukan skill menghias. Tak percaya?

Cuba ambil contoh kebanyakan bisnes makanan yang viral di internet. Kebanyakan (dan selalunya) daripada bisnes viral sebegini mempunyai makanan yang bukan saja sedap tapi cantik untuk dilihat oleh mata kasar. Jadi, jika anda memang tukang masak yang serbaboleh, apa kata praktis skill untuk menghias makanan ataupun plating? Pastinya anda akan popular di media sosial dan boleh jana pendapatan yang lumayan.

2. Bisnes dropship

Ini satu lagi bisnes yang popular sekarang. Hampir kesemua social media influencers terlibat dalam bisnes ni. Kalau anda tak ada skill selain daripada skill mejual, anda boleh memulakan bisnes dropship ni. Sebabnya, inilah bisnes yang tak perlukan modal langsung. Apa yang anda perlu sediakan untuk jadi dropshipper adalah sambungan internet yang kuat dan supplier yang bagus dan mempunyai keredibiliti. Lagi bagus kalau anda dapatkan supplier untuk produk yang dah terkenal. Dan lagi bagus kalau anda mempunyai blog ataupun apa apa media sosial yang mempunyai banyak followers.

Selepas anda dah dapatkan supplier yang baik, anda perlulah kekal aktif dan konsisten dalam memasarkan dan menjalankan promosi produk yang anda akan jual. Tak kiralah dimana anda berada, anda boleh jadi dropshipper. Makanya, anda boleh mulakan bisnes dari rumah. Jimat kos.

3. Bisnes printing

Ha, bisnes ni anda boleh mulakan dari zaman universiti lagi. Daripada buat bisnes tolong print assignment kawan-kawan sampailah bisnes printing baju, macam-macam anda boleh buat kalau anda ada mesin percetakan yang betul dan tepat.

Sekarang ni, anda boleh sewa mesin percetakan dari mana mana saja. Dari mesin semudah untuk photostat dan print kertas sampailah mesin untuk print baju. Mesin untuk print mug pun ada. Lagi-lagi kalau anda dapatkan mesin percetakan dari kedai yang memang ada pengkhususan dalam hal-hal percetakan seperti DIY Printing Supply. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis mesin printing dan anda juga boleh menyertai kelas untuk memahirkan skill pemasaran anda.

4. Bisnes penghantaran

Zaman sekarang ni, semua orang suka bergerak dengan cepat. Sebab itu, servis penghantaran, terumatanya untuk makanan, mendapat sambutan yang menggalakan. Makin lama, makin ramai orang dapat manfaat daripada bisnes ni. Jadi, kalau anda mempunyai masa dan pengangkutan atau transport yang efisien (senang cerita, kalau anda ada motosikal), anda boleh mendaftar untuk jadi rider kepada syarikat penghantaran makanan yang besar seperti Foodpanda atau GrabFood.

Selain daripada menghantar makanan, anda boleh juga mendaftar sebagai pemandu Grab dan memandu orang ke sana sini pada masa lapang.

Dengan semua idea-idea bisnes mudah untuk menjana pendapatan lebih, tiada lagi alasan untuk kita membazir masa. Setiap saat dalam masa lapang anda boleh digunakan untuk buat duit lebih. Cubalah idea-idea bisnes yang kami cadangkan ini mengikut kemampuan anda!


 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?