Dah penat kerja siang malam tapi gaji tak naik? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang kita memerlukan wang tambahan untuk kita hidup lebih selesa. Jadi sudah pasti ramai yang berfikir macam mana untuk buat duit tambahan betul tak? Lagi mudah kalau boleh buat duit online.
Ada banya cara sebenarnya untuk anda buat duit online ini. Yang paling popular sudah semestinya dengan membuat pelaburan. Ada banyak jenis platform pelaburan di Malaysia yang anda boleh sertai. Jika anda betul-betul berminat, boleh isi masa lapang anda dengan mempelajari ilmu berkaitan pelaburan.
Tetapi untuk artikel kali ini. Kami ingin memberi anda beberapa idea lain untuk buat duit. Ada cara yang memerlukan modal dan ada juga yang tidak menggunakan sebarang modal.
5 Lubuk Buat Duit Online 2021
1. Pelaburan
Di era pandemik ini, pelaburan dilihat semakin mendapat minat dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mana tidaknya, pelaburan saham kini juga telah ada pihak yang menyediakan perkhidmatan untuk mahir dalam pelaburan lebh-lebih lagi secara dalam talian.
Di Malaysia, banyak cara pelaburan yang anda boleh sertai dan kebanyakkannya telah pun menyediakan platform pelaburan online. Antaranya adalah Forex Trading, Wahed Invest, Unit Trust dan banyak lagi. Anda boleh pilih jenis pelaburan yang anda berminat. Tapi diingatkan bahawa pelaburan ini ada risikonya. Jika anda mampu menghadapi risiko, pasti untung anda juga akan lumayan.
2. Jadi Agen Dropship
Cara seterusnya untuk anda buat duit online adalah dengan menjadi agen dropship. Yang ini pun semakin hari semakin popular. Kenapa makin ramai yang jadi agen dropship ni? Haa untuk yang belum tahu, banyak sebenarnya kelebihan bagi sesiapa yang berminat dengan dropship ni. Antaranya adalah;
- Tidak memerlukan modal atau modal yang kecil
- Hanya mempromosikan produk secara online
- Tidak perlu menguruskan proses penghantaran
- Nilai komisen yang memberangsangkan
Dropship ini semakin mendapat sambutan juga kerana ia merupakan ‘win win situation’ antara stokis dan agen. Bagi stokis, mereka ingin mengembangkan jualan produk, bagi agen dropship pula mereka ingin tambah pendapatan. Kan seronok tu. Jadi kalau anda berminat untuk menjadi agen dropship, pilihlah produk yang anda minat dan memberi komisen yang tinggi. Selamat mencuba!
3. Buat Duit Online dengan YouTube
Bagi mereka yang mempunyai kreativiti dalam pembikinan video pula inilah masanya untuk anda buat duit dengan YouTube. Mesti anda kenal figura-figura ternama yang berjaya menjadi jutawan YouTube. Kalau di USA, antara yang terkenal adalah PewDiePie. Jika di Malaysia pula kita ada gamers hebat siapa lagi kalau bukan Soloz.
Jadikan apa sahaja minat anda sebagai kandungan di Youtube. Kebiasannya benda yang paling mudah untuk raih tontonan adalah review produk, tutorial tudung, mukbang, vlog, streaming dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan apa sahaja yang anda mahu terbitkan boleh sahaja asalkan tidak melanggar undang-undang.
Soal pendapatan pula, Secara kasar anda boleh anggarkan untuk dapat sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1000 tontotan video. Jadi jika anda ingin dapatkan pendapatan RM10,000 sebulan, anda mungkin kena dapat tontotan sekitar 10 juta tontonan. Macam banyak je. Tapi tak mustahil tau. Jom tahu lebih lanjut cara buat duit di Youtube di sini.
4. Buat Duit Online dengan Shopee
“Shopee! Shopee!”
Boleh dengar tak bunyi tu? Kalau anda seorang pengguna Shopee yang tegar pasti anda sudah tidak asing lagi dengan aplikasi ini kan. Jika sebelum ini anda seorang pembeli produk, apa kata kita ambil peluang ini untuk buat duit online dengan berniaga di Shopee.
Di Shopee, anda boleh niagakan produk anda sendiri atau gunakan konsep droship juga. Caranya adalah dengan anda cuma perlu daftar kedai shopee anda, dan tugas anda adalah upload gambar produk yang anda ingin jual di kedai Shopee anda, masukkan detail dan harga yang sudah termasuk keuntungan anda.
Setiap pembelian dari kedai shopee anda, anda akan serahkan sejumlah wang yang di persetujui kepada stokis dan ambil keuntungan anda. Kemudian beri maklumat pembeli kepada pihak stokis dan urusan penghantaran akan dilakukan oleh mereka. Kalau nak tahu dengan lebih terperinci cara buat duit di Shopee boleh klik di sini.
5. Online Learning
Zaman Covid-19 ini semuanya telah berubah 180 darjah. Ini termasuklah pembelajaran, pekerjaan dan seminar. Jadi dengan peluang inilah anda boleh membuat bengkel atau seminar online.
Mungkin tidak ramai yang mampu atau berkemahiran. Tetapi bagi mereka yang ada skills untuk dikongsikan boleh sahaja cuba untuk anjurkan online learning ini. Sekarang, ramai yang sanggup untuk mengeluarkan lebih-lebih lagi untuk mendapatkan pengetahuan.
Contohnya anda pakar dalam bidang percetakan dan berjaya membimbing ramai orang untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang ini. Jadi anda boleh menawarkan kursus rekaan grafik untuk menjadi usahawan percetakan kepada orang ramai yang mencari kepakaran tersebut. Anda yang juga pakar dalam bidang digital marketing, cara membina website, cara menjahit pakaian dan banyak lagi boleh turut serta untuk rebut peluang ini.
Anda dah tahu ke nak buat duit dengan cara apa nanti? Kalau belum ada idea apa kata kami syorkan jual produk ‘customize printing’. Haa apa tu? Untuk tahu lebih lanjut boleh klik di sini.
Sekarang pun tengah trending kan print nama, gambar pada produk. Jadilah ini peluang untuk anda mulakan perniagaan dalam industri percetakan. Jangan risau, untuk anda kami akan tawarkan pakej menarik dan latihan keusahawanan. Ayuh sertai kami sekarang!