Buat Duit Dengan YouTube- Jana pendapatan melalui platform dalam talian sudah menjadi kebiasaan untuk kita yang hidup di zaman penuh teknologi ini. Tapi tahukah anda bahawa dengan menggunakan YouTube juga anda boleh boleh duit sehingga 4 angka setiap bulan? Ya! ianya tidak mustahil. Dengan kreativiti yang anda miliki, kini anda boleh tonjolkan apa sahaja bakat dan hobi anda di applikasi YouTube. Siapa sangka dengan hanya perkongsian perkara yang anda minat, anda boleh menjadi ‘Jutawan YouTube’.

Fenomena Jutawan YouTube

Yang bestnya, platform ini tidak mengehadkan kepada jenis content yang anda minati dan ia juga terbuka kepada semua golongan tanpa mengira usia. Terbaru di New York City, USA, seorang kanak-kanak berumur 8 tahun telah bergelar sebagai YouTuber terkaya di dunia. Wow! Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ryan Kaji, memperoleh pendapatan mencecah AS$26 juta (RM107.6 juta) tahun ini, menjadikannya ‘creator’ di laman perkongsian video YouTube dengan bayaran tertinggi, kata majalah Forbes. Apa yang Ryan ni buat sampai dapat income banyak macam tu? Di YouTube, dia melalukan ‘unboxing’ pelbagai jenis mainan dan menunjukkan cara permainan tersebut berfungsi. Buat review mainan pun boleh dapat pendapatan berjuta. Fuh hebat!

ryan kaji

Pelbagai lagi kejayaan-kejayaan yang telah dicatatkan oleh YouTuber di seluruh negara. Jika di Malaysia kita ada saluran YouTube ilmiah seperti ML Studio dan Pandu Laju. Tidak ketinggalan YouTuber popular iaitu Soloz yang telah menjadi antara figura hebat dalam streaming permainan video. Begitu juga dengan Che Nom dan Khairulaming yang semakin dikenali ramai dengan perkongsian video masakan mereka.

Boleh dikatakan ia telah menjadi sebuah pentas alternatif untuk anda menunjukkan kemampuan dan sekaligus menjana pendapatan darinya. Mungkin dahulu kita melihat penyanyi dan pelakon sebagai anak seni. Tetapi siapa tahu suatu hari nanti mereka yang terlibat dalam pembikinan video melalui YouTube ini juga mampu diangkat sebagai anak seni kan?

Jadi, mesti anda tertanya-tanya macam mana cara nak buat duit dengan YouTube ni? Susah ke?

Untuk menjadi seorang YouTuber yang terkenal dan berjaya, anda perlu bersabar dan percaya pada proses. Dalam perkongsian kali ini, kami akan bantu anda dengan 5 cara asas bagaimana untuk buat duit dengan YouTube.

5 Cara Buat Duit Dengan YouTube

#1 Buka Saluran YouTube

Anda dah ada akaun YouTube ke belum? Kalau belum ada, langkan pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah membuka akaun YouTube terlebih dahulu.

Caranya mudah sahaja, jika anda ada akaun Google seperti Gmail, anda boleh terus login ke YouTube dengan menggunakan akaun tersebut. Kemudian tekan pada bahagian setting anda dan pilih “Make a channel” dan anda akan dibawa ke pautan YouTube Studio.

Selepas itu boleh lah anda tentukan nama saluran dan penerangan saluran anda yang bersesuaian dengan kandungan video anda. Oh jangan lupa muat naik gambar profil saluran anda. Ia akan lebih menarik minat penonton dan menunjukkan identiti saluran YouTube anda.

Selepas mendaftar, jangan terburu-buru untuk terung memuat naik video. Ambil sedikit masa untuk membaca penerangan dan menus yang ada pada YouTube Studio tersebut yang telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk anda sebagai seorang creator. Antara tetapan yang disediakan adalah analytics, copyright dan monetization. Ini akan memberi anda pendedahan awal sebelum bergiat aktif dalam menjadi seorang YouTuber selepas ini.

#2 Tentukan Niche Kandungan Anda

Apa langkah seterusnya yang anda perlu lakukan? Anda kena tentukan apa topik atau niche yang anda ingin ketengahkan. Pada masa yang sama, ia akan membantu untuk mendapatkan ‘target audience’ bagi video anda.

Seperti yang dinyatakan sebelum, setiap kandungan yang anda hasilkan perlulah sepenuhnya dilakukan atas dasar minat dan keinginan. Dengan ini penonton akan dapat tahu sama ada anda ni betul-betul minat dan mahir dengan topik yang dibincang atau hanya sekadar omong kosong. Nanti sia-sia sahaja segala usaha anda.

Dengan menentukan niche kandungan anda ini juga menjadi motivasi kepada anda untuk terus hasilkan video secara konsisten dan terus meningkankan kualiti penerbitan video. Nanti boleh laa dapat lagi banyak subscriber.

Berikut adalah antara idea niche yang anda boleh cuba;

  • Perkongsian ilmiah berkenaan politik, ekomoni dan agama
  • Ulasan produk elektronik seperti komputer dan gajet
  • ‘Life Hacks’ seperti cara memulakan perniagaan dan penggunaan alatan DIY
  • Resipi-resipi masakan
  • Game streaming
  • Vlog melancong

Banyak lagi sebenarnya topik yang anda boleh ketengahkan. Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis niche juga tidak menjadi masalah. Ini boleh menjadikan lebih ramai penonton yang akan melihat video di saluran anda. Jadi anda berminat dengan niche yang mana?

che nom buat duit dengan memasak di youtube

#3 Hasilkan Video Yang Menarik

Bila dah ada saluran dan dah tetapkan niche video, anda dah boleh mula hasilkan kandungan dan muat naik di saluran anda.

PERINGATAN!

Dalam penghasilan video ini, pastikan juga kandungan yang anda hasilkan tu berkualiti. Alatan yang anda gunakan untuk menghasilkan sesebuah video perlulah jelas dalam segala aspek. Antara perkara yang anda perlu titik beratkan adalah resolusi video, audio dan suntingan. Jika video anda cantik dan jelas, penonton juga akan seronok menontonnya.

Juga perlu diingatkan jangan sesekali guna video copyright. Maksudnya jangan curi kandungan asal dari saluran orang lain. Jika anda menggunakan lagu sebagai latar kepada video anda, anda juga perlu meletakkan kredit pada bahagian description video.

Kunci kejayaan untuk anda buat duit dengan YouTube adalah anda perlu konsisten dalam penghasilan video. Consistency sangat penting untuk pastikan saluran anda berjaya dan sentiasa up to date. Apa yang anda boleh lalukan adalah dengan membuat jadual pada hari apakah yang anda perlu memuat naik video. Jadi, ianya lebih terancang. Anda juga boleh bersedia dengan keperluan untuk video yang seterusnya.

Akhir sekali, dalam video-video yang anda hasilkan, jangan lupa ingatkan penonton untuk subscribe dengan saluran anda supaya anda dapat tambah subscribers dengan cepat. Beritahu mereka juga untuk follow anda di laman sosial lain seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Ini dikatakan proses membina connection dengan penonton. Macam-macam manfaat yang anda boleh dapatkan kelak jika anda mempunyai followers yang ramai.

saluran youtube diyprintingsupply

#4 Daftar sebagai Google Partner

Perlu diingatkan, semasa anda mula buat saluran Youtube, anda belum lagi boleh jana pendapatan melalui iklan yang Youtube paparkan.

Anda mesti cukupkan syarat untuk jadi Youtube Partner. Kemudian barulah anda layak untuk paparkan iklan Adsense dalam video anda.

Apa syarat nak sertai Youtube Partner Program ni?

  1. Pertama, anda mesti ada sekurang-kurangnya 1000 subscribers
  2. Kedua, kandungan yang anda hasilkan mesti ditonton selama 4000 jam dalam tempoh setahun terkini.

Sebab itu penting untuk anda kekal fokus jika anda benar-benar ingin buat duit dengan YouTube ni. Anda perlu bijak merancang kandungan anda bagi tempoh satu tahun. Sebab itulah penting tonjolkan kelainan dan video yang berkualiti. Nanti lagi ramai yang berminat dengan saluran anda.

google partner untuk buat duit dengan youtube

#5 Buka Akaun Google Adsense

Selepas mendaftar sebagai Google Partner, untuk anda dapatkan duit dari Youtube adalah dengan membuka akaun Google Adsense.

Anda perlukan akaun di dalam Google AdSense untuk menghubungkan akaun YouTube anda. Hubungan inilah yang akan membolehkan bayaran dikira dan dibuat kepada anda terhadap video yang terpilih.

BERAPA BANYAK DUIT YANG ANDA AKAN DAPAT?

Pendapatan utama dari Youtube ni adalah melalui iklan yang dipaparkan masa pengunjung tonton video anda. Secara kasar anda boleh anggarkan untuk dapat sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1000 tontotan video. Jadi jika anda ingin dapatkan pendapatan RM10,000 sebulan, anda mungkin kena dapat tontotan sekitar 10 juta view

Walau bagaimanapun, wang yang anda boleh keluarkan daripada akaun anda ialah apabila akaun anda sudah mempunyai baki lebih daripada USD$100. Oleh itu, jika lebih banyak video yang menarik anda paparkan dan lebih banyak ditonton orang, lebih banyak bayaran yang akan terima bagi membolehkan anda membuat penegeluaran.

google adsense untuk buat duit dengan youtube

Itulah 5 langkah mudah yang anda boleh aplikasikan untuk buat duit dengan YouTube. Mudah kan?

Kalau anda betul-betul minat dan ada keinginan semuanya akan menjadi kenyataan. Lihat sahaja kejayaan-kejayaan YouTuber terkenal seperti PewDiePie yang sepanjang penglibatannya telah berjaya meraih lebih 100 juta subscriber. Hebat kan? Jadi anda juga boleh zahirkan impian anda untuk menjadi salah seorang YouTuber berjaya.

Oh kalau anda nak lagi advance, apa kata anda buat duit dengan YouTube dan pada masa yang sama anda mulakan perniagaan dalam bidang percetakan. Boleh lah anda jadikan perniagaan anda ini sebahagian daripada kadungan saluran YouTube anda nanti. Bijak kan?

Jadi jom sertai kami untuk menjadi sebahagian usahawan yang berjaya. Segala alatan dan mesin percetakan akan kami sediakan untuk anda dengan tawaran yang menarik. Oh tak lupa juga kami turut persiapkan anda dengan latihan keusahawanan supaya anda lebih mahir dan berjaya dalam perniagaan.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?