Penjenamaan adalah merupakan sesuatu yang mewakili identiti produk, perkhidmatan ataupun perniagaan. Ianya boleh dilihat dalam pelbagai bentuk seperti nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan (sumber: https://www.malaysia.gov.my/public/cms/article/page/26/)
Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, logo adalah satu bentuk penjenamaan yang sangat berkuasa dalam membina identiti peniaga dan perniagaan mereka disamping membantu pelanggan untuk mengenali jenama peniaga.
Lihat sahaja logo jenama kasut terkemuka seperti Nike dan Adidas sebagai contoh, logo ini sememangnya memberikan impak yang besar dan sangat dikenali dalam kalangan pengguna kasut sukan.
Jadi bagi anda yang nak mantapkan branding anda, logo memainkan peranan yang sangat besar untuk tujuan tersebut.
Justeru, entri khas DIYPrintingSupply kali ini adalah berkisar mengenai cara kreatif bagi anda dan posisi terbaik untuk meletakkan logo pada produk anda khususnya pada t-shirt, bag, topi dan sebagainya.
1. Pakaian
Jenis-jenis pakaian seperti t-shirt, polo tee, kemeja dan sebagainya merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk tujuan branding. Lihat pelbagai jenis posisi mudah untuk anda meletakkan logo anda dan seterusnya memantapkan jenama anda.
a. Bahagian hadapan
Ini merupakan salah satu posisi umum yang dipilih oleh para peniaga untuk meletakkan logo. Paling jelas dan paling mudah. Semua orang pun boleh nampak.
b. Dada kiri atau kanan
Posisi ini sangat digemari bagi mereka yang ingin meletakkan logo dan juga nama syarikat mereka. Peniaga yang memilih posisi ini pada kebiasaannya tidak mahu logo mereka dicetak besar pada bahagian hadapan baju.
c. Bahagian kanan atau kiri menegak
Ini merupakan salah satu cara kreatif untuk anda mempamerkan logo anda. Pastinya ia akan memberikan suntikan baru pada cara penjenamaan anda.
d. Bahagian kanan atau kiri pinggul
Anda juga boleh memilih cara ini. Kebanyakan peniaga ini kini memilih cara tersebut untuk menjadi unik dan tersendiri.
e. Lengan
Branding logo pada lengan merupakan salah satu pilihan alternatif yang mana anda boleh memilih cara ini bagi pakaian seperti t-shirt polo, t-shirt dan sebagainya.
f. Bahagian belakang atau bawah kolar
Ada juga yang memilih posisi ini untuk meletakkan logo mereka. Ianya turut memberi impak dan menarik perhatian mereka yang melihatnya.
2. Topi
Jika anda memilih topi, anda boleh memilih untuk meletakkan logo, nama syarikat anda atau slogan pada bahagian hadapan, belakang mahupun di bahagian tepi topi.
3. Beg
Beg seperti beg gagas, beg sekolah, drawstring bag, tote bag dan non woven bag adalah antara beg yang mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Peniaga boleh memilih tujuan ini untuk menggunakan beg ini bagi tujuan pemasaran untuk meletakkan logo mereka.
4. Payung
Payung sememangnya sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Maklumlah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, payung sememangnya merupakan rakan baik sesiapa sahaja. Jadi, anda juga boleh meletakkan logo pada payung.
Berminat untuk mengubah nasib anda pada tahun ini? Mari hubungi kami untuk maklumat lanjut. Kami sedia untuk membantu anda.
6019.3232.556 / 6019.3233.864 / 6019.3232.783
Anda juga boleh menghantarkan email kepada kami di ask@diyprintingsupply.com atau terus melayari laman web kami di diyprintingsupply.com