Jangan jadi pencetak duit! Ianya menyalahi undang-undang dan akan menghantar anda ke penjara. Sudahlah terpisah dari kehidupan, makanan dan pakaian juga pastinya kurang selesa. Jadi jangan cetak duit tetapi cetaklah hadiah untuk mendapatkan duit.

Jadi macam mana nak cetak hadiah untuk dapatkan duit?

APA ITU PERCETAKAN HADIAH?

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang dipanggil percetakan hadiah. Hadiah yang kami maksudkan adalah cenderahati yang boleh diubahsuai cetakannya. Bermaksud setiap produk yang dihasilkan tidak semestinya mempunyai hasil seni yang sama.

diy-blogb1

Dengan menjadi pencetak hadiah, anda boleh melakukan cetakan seperti di atas tanpa sebarang kuantiti minima. Maka, cetaklah hadiah untuk dapatkan duit!

KENAPA PERLU SERTAI BISNES PERCETAKAN?

Nilai keseluruhan pasaran untuk percetakan hadiah adalah dianggarkan dalam RM20 bilion. Dengan angka yang sebegitu besar, tidak mungkin bisnes percetakan merupakan sesuatu yang tidak laku.

Ketika memberikan hadiah yang bermakna untuk rakan-rakan dan orang yang tersayang, kadangkala kita terlepas pandang beberapa perkara penting. Kita terlupa bahawa hadiah yang terbaik harus menunjukkan keikhlasan hati.

Namun begitu, untuk tidak membazir masa, kita beli juga hadiah-hadiah yang mahal. Dengan keadaan ekonomi yang gawat, hadiah yang mahal merupakan suatu kemewahan yang tidak mampu dimiliki sesuka hati.

Inilah sebab kenapa anda perlu menyertai pasaran percetakan hadiah! Anda boleh membantu orang ramai yang memerlukan hadiah tanpa pembaziran terlampau.

diy-blogb2

SIAPAKAH YANG BERPOTENSI MENJADI PELANGGAN ANDA?

Pelanggan berpotensi anda teramatlah ramai. Kenapa kami berkata begitu? Lihat sahaja berapa ramai yang akan mencari hadiah untuk perayaan berikut:
1. Hadiah hari lahir untuk rakan-rakan dan keluarga
2. Hadiah hari-hari istimewa seperti Hari Guru, Hari Ibu dan juga Hari Bapa
3. Hadiah hari konvokesyen untuk anak-anak dan rakan-rakan
4. Hadiah istimewa untuk yang suami atau isteri tercinta
5. Hadiah hari perkahwinan kepada pasangan mempelai
6. Hadiah korporat untuk majlis-majlis keraian yang penting
7. Nilai tambahan buat pelanggan perniagaan sedia ada

Tak pernah terfikir pulak kan?

KENAPA MASIH TERTUNGGU-TUNGGU? MULAKAN HARI INI!

Punyalah senang nak dapatkan pelanggan untuk perniagaan percetakan hadiah. Jadi kenapa masih ragu-ragu? Mari lawati DIY Printing Supply untuk maklumat lanjut dan pelajari lebih banyak tips perniagaan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan pakej perniagaan, kami ada banyak pakej yang terbaik dari ladang. Kalau nak tengok, klik di sini!

Jangan malu, jangan segan untuk hubungi kami 😉
DIY Printing Supply: +6019.3232.556 / Anda juga boleh hantarkan emel ke ask@diyprintingsupply.com.

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?