Anda mungkin pernah mendengar tentang kehebatan dan kebolehan mesin tekanan haba, tetapi anda adakah anda tahu bagaimana ia berfungsi? Perkara asas yang mungkin anda tahu adalah mesin ini menggunakan tekanan dan haba untuk menghasilkan sesuatu produk. Dengan menggunakan tekanan dan haba, ianya dapat mencetak rekaan grafik anda ke atas sesuatu bahan seperti t-shirt, pinggan, mug, puzzle dan banyak lagi.

Mesin tekanan haba ini bukan sahaja dapat dibeli dengan harga yang berpatutan, malah ianya sangat mudah digunakan. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti segala arahan dengan betul. Untuk pengetahuan anda, ‘Heat Press Machine’ ini merupakan cara baru dan moden bagi usahawan percetakan untuk menghasilkan produk lebih menarik dan lebih berkualiti.

Mesin Tekanan Haba, ialah sejenis mesin yang direka khas untuk mencetak pelbagai jenis rekaan atau corak ke atas pelbagai jenis permukaan seperti t-shirt, sarung bantal kusyen, pinggan dan banyak lagi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan ‘Mesin Heat Press’ ini.

Mesin Heat Press menggunakan haba dan tekanan untuk memindahkan rekaan atau corak ke atas produk contohnya ke atas permukaan baju. Teknik tekanan dan haba yang digunakan oleh ‘Mesin Heat Press’ menghasilkan cetakan yang berkualiti tinggi jika pengusaha mengetahui langkah-langkah dan jenis produk yang sesuai digunakan dalam menghasilkan cetakan yang sempurna.

Di sini, kami akan kongsikan kepada anda cara penggunaan mesin tekanan haba. Pertama sekali, pastikan rekaan grafik anda telah siap direka dan dipilih. Seterusnya, cetak rekaan grafik anda menggunakan ‘printer’ bersama ‘paper’ khas sama ada ‘sublimation paper’ atau ‘transfer paper’.

Setelah rekaan dicetak ke atas kertas khas, anda boleh memulakan proses ‘heat’ dan ‘press’. Proses ini, mengambil masa selama lebih kurang satu minit sahaja. Setelah itu produk siap dicetak, sudah tentu ia boleh dipasarkan terus kepada pelanggan. Untuk mengetahui atau melihat secara lebih lanjut, anda boleh tekan pautan di bawah ini untuk melihat contoh proses pencetakan produk dilakukan.

Jika anda berniat untuk membuka dan membangunkan perniagaan percetakan suatu hari nanti, kami DIYPrintingSupply.com sentiasa mengalukan kedatangan anda dan nasihat ikhlas daripada kami ialah milikilah mesin tekanan haba dari kami untuk kemudahan perniagaan anda. Ia bukan sahaja membantu anda mengekspresikan bakat dan kreativiti anda malah menjana pendapatan yang lumayan. 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?