Jika anda sudah biasa dalam perniagaan percetakaan hadiah, mustahil jika anda tidak pernah melihat atau menggunakan mesin ‘heat press’. Tetapi adakah anda menjaga mesin ‘heat press’ dengan cara yang betul dan sempurna? Macam mana mesin ‘heat press’ anda secara tiba-tiba menghasilkan produk rosak dengan banyak? Mestilah anda rugi!

Jangan bimbang, hari ini kami akan terangkan dengan jelas, langkah-langkah yang perlu anda amalkan untuk memastikan mesin ‘heat press’ anda terjaga. Mesin ‘heat press’ adalah mesin yang berfungsi sebagai perantara untuk pemindahan dakwat kepada bahan cetak yang sesuai, contohnya seperti cawan, baju, key-chain dan lain-lain. Dengan itu, setiap kali mencetak anda haruslah mengamalkan beberapa langkah supaya mesin ‘heat press’ anda akan tetap kekal berkualiti dalam jangka masa yang panjang.

Langkah pertama: Bersihkan upper platen. Pastikan upper platen pada mesin heat press anda sentiasa bersih.

Langkah kedua: Lindungi teflon coating. Jika teflon coating pada mesin heat press anda sudah nipis atau haus, gantikan dengan teflon coating yang baru.

Langkah ketiga: Selalu melincirkan bahagian handle dengan menggunakan gris. Bahagian-bahagian yang perlu digris ialah bahagian yang berpotensi untuk berkarat dalam masa yang akan datang, contohnya seperti handle, skru dan lain-lain.

Langkah keempat: Selalu menggunakan bahagian tengah mesin semasa mencetak. Pastikan bahan cetakan anda berada di kedudukan yang betul kerana jumlah tekanan yang sempurna terletak di bahagian tengah mesin.

Adakah anda handal mengendalikan mesin heat press? Kalau jawapan anda tidak, atau anda ingin memahami ilmu pengendalian mesin heat press yang lebih mendalam, kami  di DIY Printing Supply ada menyediakan latihan secara praktikal.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?