Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pasti ramai yang mengenali sosok penyanyi wanita ternama Malaysia ini. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri seni tanah air, ia membuatkan beliau antara penyanyi yang berjaya mencetuskan fenomena di dalam negara. Turut menjadi kebanggaan apabila beliau mampu menempa nama di persada antarabangsa.

Mungkin ramai yang tahu bahawa Siti Nurhaliza ini salah seorang anak perempuan kepada anggota polis di Kuala Lipis, Pahang. Kisahnya yang pernah menjual kuih sewaktu zaman persekolahannya sudah tidak asing lagi sering menggamit memori beliau dan peminat setianya.

Kisah kejayaan beliau bukan sahaja mampu menginsipirasi para penyanyi muda, malah kisah beliau sebagai seorang figura awam juga telah memberi ilham dan teladan buat peminatnya. Lebih-lebih lagi dalam kisah rumah tangga dan kerjaya dalam bidang perniagaan.

Jadi untuk perkongsian kali ini, apa kata kita sama-sama menyelusuri kisah kejayaan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sejak awal kemunculanya dalam industri seni sehingga ke hari ini.

Latar Belakang Siti Nurhaliza

Siti dilahirkan pada hari Khamis, 11 Januari 1979 (bersamaan 12 Safar 1399 Hijrah) di Berek Polis Kampung AwahTemerlohPahang. Beliau adalah anak keempat dalam tujuh adik-beradik kepada pasangan Tarudin Ismail, seorang pegawai polis berpangkat Koperal dan Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah dan peniaga.

Semasa zaman persekolahnnya, beliau sangat aktif dalam pelbagai aktiviti sekolah dan kokurikulum termasuk sukan dan bermain piano. Siti pernah menerima pendidikan di;

  1. Sekolah Tabika Perkap, Temerloh
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis

Antara kisah menarik yang pernah beliau kongsikan adalah menjual kuih dari rumah ke rumah di sekitar kawasan perumahan anggota polis. Sangat menggamit memori sehinggakan Siti sendiri merasakan bahawa aktiviti menjual kuih itu adalah salah satu cara untuknya melatih vokal!

Siti Nurhaaliza sekolah

Mula menyanyi di kenduri kahwin

Pada usia 13 tahun, Siti mengikut bapa saudaranya ke persembahan jemputan seperti majlis pernikahan dan jamuan kenduri untuk untuk mendedahkan diri sebagai penyanyi secara langsung.

Pada masa yang sama, Situ juga turut mencuba nasib di beberapa pertandingan nyanyian di Pahang. Antaranya adalah, Karnival Kuala Lipis sempena “Nyanyian Bulan Kemerdekaan” dan Siti berjaya mendapat tempat pertama dengan nyanyia lagu ‘Bahtera Merdeka’.

Maka sejak itulah, potensi Siti sebagai penyanyi mula menonjol dan mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan sayap ke kota Kuala Lumpur.

Debut ‘Jerat Percintaan’

Karier Siti Nurhaliza bermula apabila beliau berjaya menjuarai Bintang MHI pada tahun 1995. Kejayaannya itu kemudian disemarakkan lagi dengan penghasilan album pertama hasil kerjasama dengan komposer terkenal, Adnan Abu Hassan.

 Pada 1 April 1996, Suria Records melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai nama album. Usaha rakaman album pertama mencabar sekali kerana beliau perlu mengimbangi aktiviti mempromosikan album dengan persediaan menghadapi SPM.

Namun demikian, album sulungnya itu cemerlang sekali, lalu membuka laluan untuk album demi album yang berjaya di pasaran. Single pertama album ini, ‘Jerat Percintaan’ memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 serta dua lagi anugerah untuk Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik.

Bermula dari itu, kejayaan Siti Nurhaliza ibarat fenomena di Malaysia. Sehingga ke hari ini, beliau telah berjaya menghasilkan sebanyak hampir 50 album termasuk album studio, album kompilasi dan album nyanyian live. Wow banyaknya!

Siti Nurhaliza AJL11

Siti Nurhaliza Di Persada Antarabangsa

Dengan bakat yang dikurniakan, Siti mengambil kesempatan ini untuk melebarkan sayapnya ke pentas dunia.

Berikut adalah antara pencapaian terbaik Siti Nurhaliza di luar negara;

  1. Berjaya menjual 100,000 salinan album Cindai di Indonesia
  2. Anugerah Emas di Shanghai Asia Music Festival 1999
  3. ‘Pop Winner’ di South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, Australia
  4. Siti mengadakan konsert di Japan and ASEAN Pop Stars Dream Concert (J-ASEAN Pops 2003)
  5. Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London

Dan banyak lagi kejayaan-kejayaan lain yang berjaya dirangkul oleh Siti Nuhaliza sehingga mendapat jolokan sebagai penyanyi nombor 1 negara. Memang tidak dapat dinafikan lagi bakat dan kesungguhan beliau dalam industri seni.

Siti Nurhaliza Royal Albert Hall

Kisah Percintaan Dan Rumah Tangga

Dalam kesibukan membina nama dan kerjaya, Siti Nurhaliza tidak telepas dengan kontroversi kisah percintaan.

Sekitar 1997 dan 1998, Siti Nurhaliza dilaporkan pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani, tetapi mereka berdua tidak pernah mengesahkan hubungan istimewa mereka.

Pada 17 Julai 2006, selepas sekian lama dikhabaranginkan oleh media, Siti dan tunangnya ketika itu, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) membuat sidang akhbar mengumumkan bahawa perkahwinan mereka akan diadakan pada 21 Ogos.

Siti nurhaliza kahwin

Setelah lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga, Siti Nurhaliza dan Datuk K masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun, dengan ikhtiar mereka, Pada 13 Oktober 2017, selepas 11 tahun berkahwin, Datuk Siti mengumumkan yang beliau kini disahkan hamil empat bulan di dalam satu sidang media khas yang diadakan di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Ini merupakan kehamilan beliau buat kali kedua dan yang pertama selepas mengalami keguguran pada Disember 2015.

Beliau selamat melahirkan cahaya mata perempuan sulungnya pada jam 8.17 pagi, 19 Mac 2018 di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dengan beratnya sebanyak 3.55 kg secara pembedahan.

Terbaru pada Disember 2020, Siti telah mengumumkan kehamilannya yang kedua di satu majlis pelancaran produknya, Beausiti X Wonderlab. Wah seronoknya dapat baby lagi! Tahniah

Siti AAfiyah

Siti Nurhaliza Dalam Bidang Perniagaan

Dengan pengalaman dan kemampuan beliau dalam bidang nyanyian, Siti Nurhaliza memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan.

Beliau menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini melibatkan pegurusan dalam bidang hiburan secara amnya. Beliau mempunyai empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital (telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi).

Tidak ketinggalan, Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

Dan kini selain memilikinya produknya sendiri, beliau menerima pendapatan berterusan melalui komisen dan royalti untuk sokongannya dan sebagai duta dan jurucakap produk. Beliau telah menjadi duta dan jurucakap untuk pelbagai jenama antarabangsa seperti Maybelline, AEON dan Vantage.

Simplysiti

Melihat perjalanan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini pastinya memberi inspirasi untuk kita terus berjaya. Bermula dengan hanya gadis dari kampung yang membantu keluarga menjual kuih, kini beliau terkenal di seluruh dunia. Setiap kejayaan itu benar-benar bermula dari bawah.

Anda juga boleh menjadi berjaya seperti Siti Nurhaliza jika anda mulakan impian anda dari sekarang. Bagi mereka yang berhasrat untuk memulakan perniagaan sendiri, mungkin inilah masanya.

Sertai kami untuk menjadi sebahagian daripada ratusan peniaga yang telah berjaya dalam bidang perniagaan percetakan. Segala kemudahan alatan dan latihan keusahawanan juga akan kami sediakan untuk anda. Ayuh realisasikan cita-cita anda bersama kami!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?