Buka sahaja topik mengenai wanita dan lelaki, wanita selalu dianggap lemah dan bergantung harap kepada seorang lelaki. Memang sudah tertulis, wanita merupakan makhluk yang penuh dengan kelembutan dan tidak mempunyai kekuatan seperti kaum lelaki.

Jika dilihat dengan mata kasar, memang benar wanita merupakan makhluk yang lemah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa menguruskan hal rumahtangga, tetapi lelaki keluar membanting tulang mencari nafkah demi keluarga tercinta, daripada terbit sehingga terbenamnya matahari.

Tetapi jika dilihat dan dikaji secara terperinci, wanita sememangnya kuat dan berani. Demi keluarga, ramai dikalangan wanita sanggup berhempas pulas dan bersusah payah demi keluarga. Walaupun sakit, mereka masih tetap melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

Demi anak-anak, wanita sanggup berkorban apa sahaja walaupun penat tubuh badan, mereka teruskan juga demi menyara anak-anak.  Lebih-lebih lagi, jika suami sakit dan tidak mampu mencari nafkah buat keluarga. Wanita inilah yang tetap teguh membanting tulang demi anak-anak. 

‘Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia’.

Puan Mariati Masri atau lebih dikenali sebagai Puan May, berumur 43 tahun merupakan seorang ibu dan seorang isteri yang menjadi tunjang utama dalam pencarian nafkah untuk keluarga. Suaminya telah disahkan menghidap stroke dan tidak berdaya lagi untuk bekerja mencari nafkah buat keluarga tersayang. Puan May bekerja keras untuk menyara keluarga beliau, dengan membuka sebuah spa kecantikan dan telah berada dalam industri kecantikan selama 18 tahun. 

Kerana penat bekerja dalam industri kecantikan dan tiada pewaris yang dapat mengambil alih, Puan May telah membuat keputusan yang mengejut untuk membuka perniagaan dalam bidang percetakan. Dia juga ingin mempelajari dan mencuba sesuatu yang baru serta dapat diwarisikan kepada anak-anaknya. Menurutnya, buat apa yang kita suka barulah dapat buat keuntungan dalam perniagaan.

“Bila saya dah rasa penat untuk bekerja, saya mahu serahkan perniagaan ini kepada anak-anak saya. Biarlah mereka pula yang menguruskan perniagaan yang saya usahakan demi mereka”, katanya.

Puan May berkata, dia ingin masuk dalam bidang percetakan kerana ingin meluangkan lebih masa bersama keluarga.

Selama tiga hari Puan May menghadiri DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS), dia sangat berpuas hati dan gembira dengan segala ilmu yang telah diberikan oleh tenaga pengajar. DPAS juga telah membuka pintu yang luas untuknya terus berusaha membuka perniagaan percetakan. 

Puan May berkata, pada umur saya ini, tidak terlambat untuk saya belajar sesuatu yang baru dan saya juga tidak pernah berhenti untuk belajar, kerana masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Saya juga ingin buktikan kepada diri saya sendiri, yang saya mampu lakukan apa yang tidak pernah saya terfikir untuk lakukan. 

DPAS, membantu PRINTpreneur berjaya dalam bidang percetakan dengan memberi tunjuk ajar dari segi rekaan grafik, pemasaran dan cara mengendalikan mesin percetakan. 

“Saya sangat berbangga menjadi salah seorang pelanggan DIY Printing Supply, kerana mereka sentiasa memberikan sokongan, bantuan dan bimbingan kepada pelanggan mereka.”  Inilah dia kata-kata daripada Puan May yang mungkin boleh beri keyakinan kepada usahawan muda di luar sana, mengapa anda harus memilih kami dalam menjadi usahawan percetakan.

Kami di sini mengucapakan setinggi tahniah atas ketabahan Puan Mariati Masri dan kami juga mendoakan agar Puan May akan terus berjaya dalam menjadi usahawan percetakan serta menjadi sumber inspirasi kepada yang lain. 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?