Ayah merupakan insan yang sangat bermakna dan wira dalam hidup kita. Tanpa ayah, siapalah kita. Seorang ayah yang sanggup berkorban dan berjuang demi membesarkan dan menjaga kebajikan dan menyara anak dan isteri. 

Dengan tenaga dan kudrat yang ada serta tanpa mengenal erti penat, ayah mengorbankan masa supaya masa depan anak dan isterinya terjamin. Sebab itulah, kita diwajibkan menghormati dan menghargai setiap pengorbanan yang ayah telah lakukan dan curahkan kepada kita.

Encik Hafizan, salah seorang PRINTpreneur Star menyertai program DIY PRINTpreneur Academy School untuk mempelajari cara membuat rekaan grafik dan cara menguruskan mesin percetakan.

“Tujuan saya buka bisnes percetakan ini kerana anak saya. Anak perempuan saya bekerja di Speedmart dan perkara yang buat saya tak suka bila bekerja, anak saya akan pegang benda yang kotor dan berhabuk. Jadi saya dah berniat, saya akan tolong anak saya, sebab itu saya berada di sini”, kata Encik Hafizan.

Dengan penuh harapan yang besar, beliau mengharapkan dengan adanya perniagaan percetakan yang dibangunkan ini dapat membantu anaknya dan menjamin masa depan keluarga.

Sesosok badan yang menghabiskan peluh keringat untuk memastikan kebahagian anak dan keluarganya. Bersyukurlah atas pengorbanan seorang ayah yang lebih memikirkan hal kebajikan anak dan isteri berbanding diri sendiri.

Jadi bagaimana pula dengan anda? Jom sertai kami untuk jadi yang lebih baik dan yang terbaik.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?