Pada tarikh 9 Ogos 2014, Total Business Advisory Sdn Bhd. telah menjemput DIYPrintingSupply.com ke majlis persidangan tahunan syarikat mereka untuk sesi 2014. Selain DIYPrintingSupply.com, terdapat ramai lagi pelanggan TAC yang dilihat hadir untuk majlis gemilang itu.
TAC Total Annual Conference 2014

Untuk maklumat anda, Total Group of Companies (TOTAL) Malaysia merupakan memberikan perkhidmatan nasihat  perakaunan, audit, cukai, khidmat nasihat perniagaan dan khidmat nasihat kewangan. Pendekatan TOTAL  adalah dengan membantu pelanggan mereka untuk bertindak balas kepada cabaran-cabaran perniagaan yang kompleks.

Tujuan penganjuran majlis ini adalah merupakan untuk sesi suai mesra pelanggan TOTAL. Selain itu, pada majlis ini juga telah diadakan satu pelancaran perisian baru sempena kedatangan GST.  Sistem ini dipanggil perisian ATS (Sistem Pengesanan Audit) untuk membantu peniaga-peniaga dalam menangani cukai GST.
DIYPrintingSupply.com at TAC Total Annual Conference 2014

Bagi merasmikan dan melancarkan ATS ini, pihak Total Group of Companies (TOTAL) telah menjemput YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden KEADILAN) di majlis bersejarah ini.

DIYPrintingSupply.com juga mengambil bahagian dalam acara ini dengan menaja kira-kira 300 photo mug sebagai hadiah cenderahati. Sebagai balasan, kami telah menerima tanda penajaan khas daripada YB Nurul Izzah Anwar dan Total Business Advisory Sdn. Bhd.

TAC Photo MugsPhoto mug adalah antara hadiah yang sesuai untuk aturcara korporat ataupun formal seperti majlis makan malam, pelancaran produk dan lain-lain. Kami di DIYPrintingSupply.com berasa amat berbangga kerana diberi peluang untuk menyumbang cawan putih klasik kami untuk majlis ini.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?