Mari kita bayangkan situasi ini,
1. Anda sudah pun membeli mesin kelengkapan dan barang yang diperlukan untuk menghasilkan T-shirt
2. Anda juga sudah menyediakan pelbagai jenis rekaan untuk penghasilan T-shirt
3. Tapi..anda tidak tahu untuk menjualnya kepada siapa
Tahukah anda bahawa dengan mengetahui siapa pelanggan anda. anda akan mempunyai peluang yang cerah dalam pemasaran bisnes T-shirt anda. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang idea bagaimana dan apa sasaran pelanggan anda, agak sukar untuk pemasaran bisnes T-shirt anda. Ini seperti anda seolah–olah seperti anda menembak tanpa sasaran.
Jadi, apakah persoalan-persoalan yang anda perlu tahu mengenai pemasaran bisnes anda?
#1 Apakah yang dimaksudkan dengan niche?
Niche ialah sasaran pasaran anda ataupun pengkhususan jenis pelanggan yang anda ingin sasarkan untuk anda jual produk anda. Anda harus ingat sesuatu bahawa tidak semua orang ingin membeli produk daripada anda. Adalah lebih baik sekiranya anda fokuskan kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang meminati apa yang anda tawarkan.
Saya beri contoh: katakanlah anda ingin menjual T-shirt kepada golongan wanita. “Golongan wanita” bukan lah niche pasaran anda. Mengapa? Ini kerana terdapat ramai golongan wanita dengan kemahuan yang berbeza.
Golongan wanita A: Meminati corak berbunga-bunga dan agak feminin
Golongan wanita B: Meminati corak lebih ringkas tanpa sebarang motif flora
Jadi, anda bayangkan sekiranya anda menjual T-shirt dengan corak bunga-bunga, adakah golongan B akan beli produk anda?
Faham bukan? Baik, itulah niche.
#2 Bagaimana nak tentukan niche anda?
Sebaiknya sebelum anda mula mereka T-shirt anda, tentukan niche anda terlebih dahulu. Anda tidak akan tahu niche anda sehinggalah anda mengetahuinya melalui pelanggan anda.
1. Kaji pelanggan anda
– Apakah kemahuan mereka
Sekiranya anda tahu apa yang mereka inginkan, anda seharusnya menumpukan usaha untuk mereka sesebuah T-shirt yang dapat memenuhi permintaan mereka.
– Mengapa mereka ingin membeli
Apa yang membuatkan mereka ingin membeli T-shirt anda? Adakah dari segi harga, kualiti ataupun rekaan anda?
– Berapa banyak mereka sanggup berbelanja
Tidak semua sanggup berbelanja melebihi kemampuan mereka dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Kaji pelanggan anda dan lihat faktor apakah yang memungkinkan mereka untuk berbelanja lebih dan juga kurang.
2. Kenal pasti pasaran sedia ada anda
Adakah anda mempunyai bisnes lain dan bergaul dengan mereka yang seangkatan dengan anda? Pastinya anda sudah mempunyai banyak kenalan dalam bidang ini. Mungkin anda boleh mula memasarkan T-shirt anda kepada kenalan-kenalan dan membina jenama anda sendiri. Dari situ, anda sudah boleh mendapat banyak prospek dan pasaran yang jelas.
3. Menjadi unik
Ketahui dari jenis niche bagaimana anda boleh menghasilkan jenama anda yang unik dan tersendiri. Adalah amat penting untuk bisnes anda untuk menjadi relevan dalam industri. Jangan terlalu menumpukan kepada aspek rekaan semata-mata. Cuba lihat dari segi kualiti, harga dan sebagainya. Apa yang anda boleh anda tingkatkan dan membuatkan anda berbeza berbanding pesaing anda.
#3 Bagaimana nak tahu bahawa niche tersebut adalah terbaik untuk perniagaan anda?
1. Bandingkan dan uji niche pasaran anda
Jadi sekarang, anda sudah mengetahui niche pasaran anda. Mungkin anda sudah menimbangkan beberapa niche untuk anda tumpukan. Anda boleh membandingkannya dan lihat yang mana paling sesuai dengan bisnes anda. Sebagai contoh, anda boleh buat “market testing”. Cuba jual beberapa jenis rekaan T-shirt dan lihat yang mana menarik minat pelanggan anda.
Niche pasaran adalah seperti hubungan ‘try and error”. Anda harus mencubanya terlebih dahulu dan kenalpasti yang mana paling sesuai unuk anda.
Dengan mengetahui niche pasaran anda, bisnes T-shirt anda akan lebih berjaya terutamanya apabila menembak tetap pada sasaran dan bukan sekadar secara membuta tuli.
Semoga perkongsian kali ini membantu perniagaan anda.
HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!
019.3233.864 / 019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783
Email kami di ask@diyprintingsupply.com
[huge_it_forms id=”3″]