Apabila mencetak gambar secara digital anda mempunyai pilihan di antara hasil ‘matte’ dan ‘glossy’. Kedua-duanya merupakan jenis kemasan untuk cetakan gambar.
Jenis kemasan ini terhasil kerana kertas yang yang digunakan dalam cetakan. Bahan kimia yang berbeza menjadikan kertas gambar ini kelihatan samaada berkilat atau kelam. Kertas gambar ‘Glossy’ kelihatan berkilat memantulkan cahaya, warnya juga ceria. Manakala kertas gambar kemasan ‘Matte’ kelihatan kelam dan suram.
Antara kelebihan dan kekurangan cetakan ‘Matte’ dan ‘Glossy’ adalah :
Cetakan foto ‘Glossy’ :
- Gambar kelihatan mewah dan berkualiti tinggi.Warna yang terhasil juga lebih ceria.
- Kekurangan cetakan foto ini, apabila foto dilihat menggunakan sumber cahaya yang terang seperti matahari siang atau lampu. Ianya menyebabkan silau pada gambar.
- Kertas Glossy juga lebih cenderung untuk menarik habuk dan cap jari dan kerana itu ianya lebih cenderung untuk nampak kotor.
- Cetakan gambar hitam dan putih juga kelihatan kurang baik jika dibandingkan dengan kemasan ‘matte’.
Cetakan foto Matte :
- Cetakan Matte tidak memantulkan cahaya maka ianya dapat dilihat dalam apa jua keadaan cahaya.
- Permukaannya kurang cenderung untuk menarik habuk dan cap jari menjadikannya kurang cenderung untuk nampak kotor.
- Foto dengan warna hitam dan putih kelihatan lebih baik.
- Kekurangan cetakan ini, warna pada foto akan kelihatan suram dan kusam. Ini kerana cahaya tidak dipantulkan pada kertas menjadikan warnanya kurang ceria.
Pilihan kemasan yang mana akan menjadi pilihan anda? Ia bergantung kepada keperluan anda dan apa yang anda akan lakukan dengan foto tersebut.
Kami di DIYPrintingSupply.com adalah pakar dalam pencetakan foto! Kunjungi kami untuk mesin percetakan, kertas foto dan juga bingkai foto.
Mulakan Bisnes Percetakan Hadiah DIY anda HARI INI !!! Hubungi Kami Sekarang !!! |
||
Company Name | : | DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H) |
Contact Number | : | 019.3233.868 / 019.3232.556 019.3233.864 / 019.3232.783 |
Website | : | www.DIYPrintingSupply.com |
: | ask@DIYPrintingSupply.com | |
: | www.facebook.com/diyprintingsupply | |
Youtube | : | www.youtube.com/user/diyprintingsupply |