Hari Jumaat yang lalu pada 18 November 2016, DIY Printing Supply telah dijemput untuk menghadiri Golden Eagle Award (GEA) 2016 di Genting International Convention Centre (GICC).

gea-4Rasa sangat takjub melihat semua yang hadir ke malam yang gilang-gemilang ini!

GEA merupakan satu pelantar yang telah dicipata oleh pihak Nanyang Siang Pau. Pelantar ini amat penting bagi menghargai usaha dan kejayaan yang ditunjukkan oleh usahawan tempatan selain memberikan anjakan paradigma.

gea-7DIY Printing Supply Sdn. Bhd. ada di sini!

Ketua Pengarah Pengurusan (KPP) DIY Printing Supply Sdn. Bhd., En. Kenneth Tong, melahirkan kata-kata berikut seangkatan dengan penerimaan anugerah Excellent Eagle, “Kejayaan bukanlah tentang apa yang telah kita sendiri capai tetapi tentang memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut menuju kejayaan.”

gea-3KPP DIY Printing Supply Sdn. Bhd., En. Kenneth Tong, ketika menerima anugerah Excellent Eagle.

Kata-kata semangat dari KPP kami memberikan kami lebih insentif untuk menuju kejayaan pada tahun 2017 dan tahun-tahun yang akan datang walaupun masa depan negara kita sedikit kelam dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Tidak mengira cabaran apa sekalipun yang melanda DIY Printing Supply, kami berjanji untuk sentiasa bekerja keras demi memberikan anda pakej & harga yang terbaik di seluruh Malaysia.

gea-1Senyuman lebar di malam berprestij. Selamat maju jaya untuk tahun 2017!

Akhir kalam, kami ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang telah menjayakan malam GEA 2016. Terima kasih kepada pihak penganjur GEA 2016, pihak Nyanyang Siang Pao, barisan DIY Printing Supply, pembekal dan juga pelanggan kami yang sentiasa memberikan sokongan & dorongan bermakna.

Jumpa lagi tahun depan!

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?