Bercerita soal rumah, pastinya perkara pertama yang anda akan fikirkan adalah untuk mendekorasi rumah. Waktu inilah pelbagai idea dan kreativiti yang akan anda terjemahkan kepada hiasan rumah yang menarik. Pastinya antara ruang yang menjadi perhatian adalah ruang tamu. Mana tidaknya, inilah ruang yang paling penting di dalam rumah kita. Lebih-lebih lagi apabila menerima kehadiran tetamu, pastinya kita mahu tetamu berasa selesa betul. Oleh itu, penting bagi tuan rumah untuk merancang hiasan ruang tamu yang menarik.
Jadi, macam mana nak mulakan proses dekorasi ruang tamu ni? Pertama sekali adalah tema yang ingin anda ketengahkan. Kebiasaannya, di bahagian ruang tamu ini hiasan lebih minimalis supaya suasananya lebih tenang dan sejuk mata memandang. Tiadalah nampak begitu serabut. Nanti kita nak mengemas pun susah.
Sebelum pergi ke kedai perabot, ada beberapa tips dan panduan untuk anda memilih jenis-jenis barang di ruang tamu anda. Berikut adalah 5 perkara utama untuk pemilihan perabot dan hiasan yang perlu diberi perhatian;
- Warna dinding
- Pemilihan sofa dan kabinet
- Lampu dan kipas
- Meja kopi
- Hiasan dinding dan dekorasi tambahan
Okay jom kami kongsikan secara terperinci cara terbaik untuk anda jadikan ruang tamu anda seperti showroom di kedai perabot!
5 Idea Menarik Hiasan Ruang Tamu
1. Pemilihan cat untuk dinding
Perkara pertama untuk memulakan proses ini adalah pemilihan warna cat. Warna di bahagian ruang tamu kebiasaannya lebih polos dan tidak terlalu menyerlah. Warna seperti putih, kelabu, krim dan peach adalah antara warna yang terbaik untuk digunakan.
Bagi memberi sedikit impak kepada ruang tamu anda, jadikan satu bahagian pada kubikel ruang tamu untuk dijadikan ‘feature wall‘ di mana diwarnakan dengan warna yang berbeza dan kebiasaannya warna yang lebih gelap. Anda juga boleh gunakan wallpaper pada bahagian featured wall tersebut.
Pemilihan cat yang berkualti juga penting. Pastikan jenis dan jenama cat yang anda pilih selamat untuk digunakan. Kini dengan pelbagai teknologi, ada juga cat yang boleh memadamkan contengan dengan mudah. Ini sangat berguna untuk ibu bapa yang ada anak suka conteng dinding. Lap je dah bersih.
2. Hiasan ruang tamu sofa dan kabinet
Tetamu datang mesti nak bagi duduk dengan selesa kan. Kita sebagai tuan rumah juga inginkan sofa yang empuk dan praktikal.
Sebab itulah pemilihan sofa ini sangat penting. Macam mana nak pilih sofa yang terbaik untuk ruang tamu? Ini tiga panduan asas untuk anda.
- Pilih sofa yang sesuai dengan keluasan ruang tamu. Jangan terlalu besar.
- Pastikan material sofa yang tahan lama dan tahan lasak.
- Warna dan rekaan juga perlu seiring dengan tema yang telah dipilih.
Sofa ini kita nak guna lama, jadi tak salah untuk melabur lebih. Berikan juga sedikit sentuhan tambahan dengan meletakkan bantal sofa.
Seterusnya adalah kabinet tv. Konsepnya sama juga seperti pemilihan sofa. Perkara yang penting adalah saiz kabinet tersebut. Jika anda memilih untuk menggantungkan tv pada dinding, pastikan saiz kabinet dan tv seiring. Jika tidak, ia akan mewujudakan pemandangan yang janggal. Bagi yang ingin meletakkan tv di atas kabinet, pastikan kabinet pilihan anda mampu menampung berat tv tersebut. Jangan nanti baru letak tv, kabinet dah roboh.
3. Lampu dan kipas
Untuk membangkitkan suasana di ruang tamu, pemilihan lampu siling atau lampu hiasan lain adalah amat penting. Jika sebelum ini anda hanya menggunakan lampu kalimantang atau lampu LED, sekarang masanya untuk anda mengubahnya. Ambil peluang ini untuk menukarkannya kepada lampu siling seperti chandelier.
Dengan macam “haa chandelier mahal dan besar kan?” Sekarang ni dah banyak pilihan lampu chandelier yang murah dan bersaiz sederhana. Selain itu, boleh juga beri pencahayaan melalui lampu berdiri dan lampu meja. Barulah lebih gah!
Oh selain lampu, pemilihan kipas juga penting tau. Walaupun mungkin sekarang ramai yang guna aircond, tapi kipas ni alatan wajib yang perlu ada di ruang tamu. Kalau nak pilih kipas tu pastikan saiz bilik, ukuran kipas, kipas siling ke kipas berdiri, berapa bilah dan reka bentuk menepati tema hiasan ruang tamu anda. Kalau kipas cantik bukan sahaja suasana sahaja sejuk, tapi mata pun sejuk memandang.
4. Meja kopi hiasan ruang tamu
Ramai yang abaikan meja kopi ini sebenarnya, lebih-lebih lagi bagi rumah yang bersaiz kecil. Tapi meja kopi ini sangat penting untuk menyeimbangkan perabot di ruang tamu anda.
Apa kriteria yang penting untuk memilih meja kopi ini? Semestinya saiz, reka bentuk dan praktikaliti. Saiz seharusnya tidak menggangu ruang laluan. Selain itu reka bentuk perlu bersesuaian dengan suasana rumah anda. Jika anda ada anak kecil, mungkin anda akan cenderung untuk memilih meja kopi berbentuk bulat. Bagi praktikaliti pula, pilihlah meja yang mempunya tempat simpanan seperti laci kecil atau ruang simpana barang.
Meja kopi ini juga berguna apabila tetamu datang nanti. Nama pun meja kopi, boleh lah dijadikan meja utk menghidangkan minuman dan kudapan untuk tetamu anda!
5. Hiasan dinding dan dekorasi tambahan
Akhir sekali tiba masanya untuk kita touch up ruang tamu. Apa yang anda boleh lakukan untuk lengkapkan dekorasi ruang tamu anda?
- Tikar atau carpet
- Bunga hiasan
- Pasu hiasan
- Cermin
- Jam dinding
- Hiasan dinding
Tambah kelima-lima perkara ini memang lengkaplah hiasan ruang tamu rumah anda. Apa yang lagi menariknya sekarang anda boleh buat sendiri hiasan dinding. Kalau nak tahu macam mana boleh klik di sini.
Percayalah jika anda berjaya untuk mendekorasi rumah anda, ia kan memberi anda pengalaman berada di rumah yang lebih mengujakan. Bila balik kerja tengok rumah cantik boleh hilang cantik.
PERINGATAN BERSAMA!
Dalam kita asyik mendeko rumah, jangan pula terlebih berbelanja. Jangan sesekali membeli perabot yang terlalu mahal sehingga sanggup mengambil ansuran. Biarlah membeli mengikut kemampuan asalkan tidak berhutang.
Jika anda berhasrat untuk membuat dekorasi rumah, mula menabung dan menyimpan dari sekarang. Ataupun kalau anda nak buat duit poket pun inilah masa yang sesuai. Apa kata anda jana pendapatan sampingan dengan menjadi usahawan dalam bidang percetakan. Di DIYPrintingSupply kami akan bantu anda untuk memulakan perniagaan sendiri. Pelbagai pakej menarik dan berlaloi kami tawarkan. Latihan keusahawanan pun ada tau. Jom sertai kami sekarang!