Perniagaan Heat Transfer- Mungkin ada dalam kalangan anda yang merancang untuk membuka perniagaan sendiri ataupun ingin mengembangkan perniagaan sedia ada. Jadi, perniagaan pencetakan mungkin menjadi pertimbangan anda.
Pernah atau tidak anda tertanya-tanya tentang;
1. Bagaimana saya dapat memulakan perniagaan ini?
2. Bagaimana saya boleh mendapat peluang perniagaan?
3 Perniagaan yang manakah patut saya ceburi?
Jawapannya? Mudah sahaja.
Mulakan perniagaan anda dengan percetakan Heat Transfer!
Apa itu Heat Transfer?
Heat Transfer adalah salah satu kaedah rekaan T-shirt. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ingin mula berniaga pakaian dalam skala yang kecil.
Untuk memulakan perniagaan ini, kaedah Heat Transfer dan dakwat ink jet hanya memerlukan latihan yang tidak berat berbanding kaedah lain.
Jadi, berikut adalah beberapa perkara asas yang anda perlu tahu sekiranya anda ingin memulakan perniagaan percetakan untuk Heat Transfer khususnya.
5 Perkara sebelum memulakan perniagaan heat transfer
#1 Minat
Sebelum anda memulakan apa jua perniagaan, perniagaan tersebut hendaklah datang daripada minat dan kehendak anda. Sukar sebenarnya jika anda memulakan perniagaan yang sememangnya bukan cita rasa anda.
Bayangkan jika anda menceburi bidang perniagaan yang anda memang tidak suka, memang agak sukar bagi anda kelak untuk terus kekal dalam perniagaan.
Apa jua minat anda, anda hendaklah perlu meneliti segala peluang dan juga pakej-pakej perniagaan percetakan yang sedia ada.
Rujuk disini untuk peluang perniagaan yang anda boleh ceburi sebagai rujukan dan inspirasi permulaan kepada anda.
#2 Modal
Modal sebenarnya sangat memainkan peranan dalam apa jua perniagaan. Tanpa modal, bagaimana anda dapat memulakan perniagaan anda?
Ada dalam kalangan pelanggan kami yang mengambil kira modal sebagai salah satu faktor pemilihan perniagaan percetakan.
Ada juga sebilangan yang menyatakan hasrat untuk memiliki tetapi risau akan kos yang tinggi. Nasihat kami dapatkan modal secukupnya untuk memulakan perniagaan anda.
Dengan pakej-pakej percetakan kami, anda tidak perlu gusar kerana kos permulaan oleh pakej-pakej kami adalah rendah dan mampu menjana keuntungan yang tinggi.
#3 Pemilihan Mesin Heat Transfer
Baik, anda telahpun memilih pakej percetakan yang anda inginkan dan anda juga sudah mendapat modal yang mencukupi. Kini tibalah giliran pemilihan mesin.
Apakah beberapa perkara yang perlu anda tahu terlebih dahulu sewaktu membeli mesin?
a. Fungsi dan spesifikasi mesin
Mesin heat press didatangkan dengan pelbagai jenis; sama ada clamshell ataupun swing away dan lain-lain. Apa pun pilihan anda, pastikan anda mengetahui fungsi mesin tersebut dan anda juga harus memastikan bahawa mesin tersebut adalah selamat untuk dikendalikan.
Pilih mesin dengan spesifikasi yang memberikan anda keselesaan berkerja dan mengurangkan risiko kecederaan. Anda boleh memilih mesin heat press dengan saiz yang besar sekiranya perniagaan adalah dari jenis yang berskala besar.
b. Waranti mesin dan jaminan servis teknikal
Waranti mesin merupakan aspek terpenting sesebuah mesin daripada kaca mata seorang pengguna. Pastikan mesin yang anda pilih mempunyai waranti dan juga jaminan servis teknikal. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat banyak lambakan mesin heat transfer dipasaran; memang boleh rambang mata dibuatnya.
Tapi anda juga harus ingat bahawa walaupun kebanyakan mesin ini dijual dengan harga yang murah tetapi tidak semuanya menyediakan jaminan servis teknikal.
Sekiranya rosak, di mana anda harus mencari alat ganti? Jadi carilah kedai yang menawarkan servis semua dalam satu untuk mesin. Di DIYPrintingSupply, kami merupakan pengeluar original mesin yang mana kami menawarkan khidmat servis kepada setiap mesin kami.
Jadi anda tidak lagi perlu risau mengenai kerosakan mesin dan sebagainya.
#4 Barang-barang percetakan
Mesin sahaja pastinya tidak cukup kerana anda memerlukan bahan-bahan percetakan juga. Contohnya jika anda hendak berminat dengan percetakan mug, anda haruslah membeli mug untuk dicetak.
Pastikan juga anda membeli bahan percetakan yang berkualiti tinggi. Ini kerana ia akan memastikan kualiti percetakan anda terjamin dan mengurangkan kadar kerosakan.
#5 Latihan Usahawan Heat Transfer
Latihan adalah sangat diperlukan dalam mengendalikan mesin. Pasti ada dalam kalangan anda yang takut untuk membeli mesin kerana ketiadaan latihan lebih-lebih lagi sekiranya anda membelinya secara atas talian dan pembelian tersebut tidak disertakan pula dengan latihan.
Jadi ini menyebabkan anda mencari alternatif lain dan terpaksa mengeluarkan wang pula untuk mendapatkan latihan.
Maka, pilihlah pakej percetakan yang turut menawarkan latihan dan rundingan secara percuma kerana ia akan menjimatkan masa dan tenaga anda.
Di DIYPrintingSupply, kami kerap menerima soalan-soalan daripada pelanggan yang bertanya mengenai perniagaan percetakan pemindahan haba ataupun Heat Transfer ini.
Ada yang PM kami secara private, Whatsapp, telefon, emel dan sebagainya kesemuanya merujuk kepada beberapa soalan yang lazim ditanya.
Apa jua perkara asas yang anda perlu ketahui, kami sedia membantu anda. Kami bukan sahaja menyediakan pakej-pakej percetakan yang menarik tetapi kami turut menyediakan tutorial dan panduan dalam pengendalian mesin. Malah kami turut menyediakan bantuan teknikal yang beroperasi bagi membantu anda dalam penyelesaian masalah mesin.