Siapa yang tak suka jana pendapatan lebih. Lagi-lagi pada zaman sekarang di mana kos sara diri semakin lama semakin tinggi. Untuk menampung pelbagai jenis perbelanjaan harian, gaji bulanan kadang-kadang macam tak cukup je kan. Sebab itulah anda harus cari jalan untuk jana pendapatan dengan menjalankan perniagaan sampingan. Di bawah, kami telah senaraikan beberapa idea mudah yang akan membantu anda jana pendapatan lebih.
1. Jual Barang Lama/Preloved

Semua orang mempunyai barang-brang lama di rumah yang mereka dah tak guna. Daripada menyimpannya lama-lama sampai mengumpul habuk beberapa lapisan entah, baik jual kepada orang lain yang lebih menghargainya. Dengan menjualnya, anda akan dapat jana pendapatan ekstra dengan cepat. Kat mana nak jual? Sekarang ni, terdapat banyak cara untuk anda melepaskan barang-barang preloved anda. Antaranya adalah melalui Carousell, Shopee , Cash Converter dan banyak lagi. Kalau anda mempunyai banyak barang preloved, anda juga boleh berniaga di pasar tani, pasar pagi, pasar malam dan di jualan car boot.
2. Blogging

Minat menulis? Jika ya, inilah pilhan yang paling sesuai bagi anda menjana pendapatan dengan mudah. Apa yang anda perlu buat hanyalah menulis mengenai hidupan seharian anda. Tapi anda harus pastikan topik-topik penulisan anda menarik dan mempunyai maklumat yang berguna bagi para pembaca. Antara contoh topik-topik menarik adalah mengenai pengalaman anda melawati sesuatu lokasi, pendapat anda mengenai suatu isu yang hangat dibincangkan oleh khalayak ramai, resepi-resepi menarik dan lain-lain. Walau bagaimanapun, cara yang kedua ini akan mengambil masa yang lama sikit untuk anda jana pendapatan kerana anda perlu menaikkan reputasi anda sebagai penulis blogger yang terkenal dahulu baru anda akan dapat meraih keuntungan.
3. Vlogging

Idea yang ketiga ini lebih kurang macam blogging di mana ia juga memakan masa yang agak lama untuk jana pendapatan. Bezanya adalah anda tak menulis tetapi anda merakam video. Yang selebihnya lebih kurang sama di mana anda berbincang mengenai isu-isu hangat di dalam atau luar Negara, bagi tips-tips berguna, berkongsi pengalaman dan lain-lain. Kalau anda jenis yang malu-malu dan tak nak orang lain nampak muka anda, cara ini mungkin tak sesuai bagi anda jana pendapatan. Tapi jika anda tak kisah dan sebaliknya menyukai perhatian yang diberi orang, inilah cara terbaik bagi anda mendapatkan pendapatan lebih.
4. Pertandingan

Melalui pertandingan pun anda boleh jana pendapatan ekstra dengan cepat. Setiap orang mempunyai kemahirang yang berbeza, anda hanya perlu cari kemahiran anda dan menyertai pertandingan yang bersesuaian. Jika anda boleh berlari dengan laju dan tak mudah penat, masuklah pertandingan larian. Jika anda pandai memasak, masuk pertandingan masakan. Kebanyakkan pertandingan yang dianjurkan mempunyai hadiah utama yang lumayan, jadi jika anda berkebolehan tinggi dalam pertandingan tersebut, anda boleh menanginya dengan mudah.
5. Perniagaan Barang Bercetak

Nak berniaga memanglah bukan sesuatu yang senang, tetapi pulangannya dari segi kepuasan dan keuntungan menjadikannya berbaloi. Terdapat banyak jenis perniagaan yang anda boleh ceburi, tapi yang kami akan bincangkan di sini adalah mengenai perniagaan barangan bercetak seperti t-shirt dan topi yang boleh dibuat dengan mudah menggunakan mesin heat press. Kenapa perniagaan yang ini dan bukan yang lain? Kerana permintaan untuk barangan sebegini merupakan trend pada zaman sekarang dan disebabkan itulah ia berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan yang lumayan buat anda.
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi cara untuk menjana pendapatan dengan mudah biar sebagai pekerjaan tetap atau sebagai perkerjaan sampingan. Kalau idea yang kelima menarik minat anda, layari laman web diyprintingsupply untuk mendapatkan info lanjut mengenai pakej-pakej perniagaan percetakan.