Sebut sahaja mengenai berniaga, ramai orang dah bayangkan keuntungan.

“Banyaknya duit dia tu, ni mesti sebab dia berniaga.”
“Kau buat part time ke, patutlah ada banyak duit.”

Sememangnya indah dunia perniagaan apabila ia menjanjikan pulangan yang lumayan. Tetapi anda harus ingat satu perkara, berniaga banyak ranjau dan durinya. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan sampingan anda. ada sesuatu yang anda perlu tahu untuk memulakannya. Lebih-lebih sekiranya anda mempunyai perniagaan tetap.

Jadi, anda berminat hendak memulakan perniagaan sampingan tetapi masih berkerja? Sanggupkah anda melakukan yang berikut?


#1 Korbankan masa anda

Bukan senang hendak mempunyai dua perkerjaan. Anda perlu membahagikan masa diantara perkerjaan anda, bisnes anda dan juga masa anda di luar waktu berkerja. Apabila anda mempunyai perniagaan sampingan, pandai-pandailah bahagikannya dengan baik. Sekiranya anda menjalankan perniagaan secara online, ambil masa terluang pada malamnya atau pada waktu rehat kerja anda untuk mengendalikannya. Masa ini lah yang anda gunakan untuk membalas segala mesej dan ‘update’ order daripada pelanggan anda.

#2 Bahagikan masa perkerjaan dan bisnes anda dengan baik

Kerja adalah kerja, bisnes adalah bisnes. 
Anda perlukan masa untuk kedua-duanya. Ini kerana anda perlu fokus dengan satu-satu kerja masa. Kedua-dua memerlukan perhatian anda dan juga perancangan yang berbeza. Anda perlu tekad dan mengetahui bahawa ini yang anda ingin lakukan dan peruntukkan masa yang sewajarnya. Jangan campur adukkannya. Takut anda pula keliru nak uruskan yang mana satu terlebih dahulu.

 

#3 Membuat perancangan untuk bisnes anda

Setiap bisnes harus mempunyai perancangannya yang tersendiri. Tidak kiralah bisnes anda ini offline ataupun online. Tetapkan matlamat dan perancangan harian terhadap bisnes anda.
Sebagai contoh;
1. WAKTU posting di media sosial
2. BILA anda perlu pos barang customer
3. BILA anda perlu promote
4. BILA anda perlu update segala order

Kesemua ini memerlukan perancangan dan komitmen daripada anda.

#4 Uruskan kewangan bisnes anda

Ini penting. Jangan campur adukkan perniagaan anda dan juga perkerjaan anda dari segi kewangan. Banyak peniaga melakukan kesilapan ini dengan tidak mengasingkan wang pendapatan yang diperolehi dengan mencampurkannya dengan simpanan. Buat perancangan kewangan anda dengan teliti. Kalau boleh buat pengasingan siap-siap supaya anda boleh tahu bagaimana perjalanan kewangan bisnes anda.

 

#5 Jangan uruskan bisnes waktu kerja

Mungkin ramai melakukan perkara ini. Sememangnya menjadi satu dugaan buat para peniaga yang mempunyai perkerjaan tetap untuk menguruskan bisnes mereka pada masa yang sama masih berkerja. Sedang-sedang anda berkerja, banyak pula mesej masuk daripada pelanggan anda. Ringan sahaja tangan nak membalasnya. Tetapi anda harus ingat, tindakan ini adalah sangat tidak profesional dan boleh mengancam kerjaya anda.

PERINGATAN
Sekiranya anda menganggap bisnes anda lebih penting daripada kerjaya anda, dapatkan nasihat daripada mereka yang lebih mengetahui dan pakar anda dalam bidang ini sama ada adakah anda ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap bisnes anda.

PILIHAN ditangan anda. 

 

HUBUNGI KAMI UNTUK RUJUKAN DAN BIMBINGAN PELUANG PERNIAGAAN ANDA
PENDAPATAN LUMAYAN MAMPU MENJADI MILIK ANDA!

019.3233.864 /  019.3232.556 / 019.3232.740 / 019.3232.783 

Email kami di ask@diyprintingsupply.com

 

 

 

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?