Eh boleh ke cetak duit dari rumah? Macam tipu je? 

Tidak. Ini bukan cerita bohong. 

Disini DIY Printing Supply ingin berkongsi dengan anda, bagaimana anda boleh CETAK duit hanya dengan berada di rumah sahaja. 

Bisnes printing bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan rakyat Malaysia. Ramai yang mengetahuinya, ramai mempunyai keinginan nak memulakannya tetapi ada yang gusar. Ada yang pening memikirkan mengenai modal. Tidak cukup dan sebagainya. Ada juga yang pening memikirkan tempat untuk membeli barang-barang  baik mesin heatpress ataupun bahan-bahan yang diperlukan. Sungguhpun begitu, tahukah anda bahawa bisnes percetakan merupakan bisnes yang boleh memberikan keuntungan yang cukup lumayan. Keuntungannya boleh melebihi lebih daripada 100%. Ini semua bergantung kepada bagaimana anda menjalankan bisnes anda. 

Anda harus eksploit dunia percetakan. Impak percetakan terhadap peluang perniagaan adalah sangat luas yang mana ia boleh dilakukan sebagai kerja sampingan di rumah ataupun secara full time. Anda tidak perlu bersusah payah menggaji pekerja kerana anda boleh lakukannya sendiri.

Antara kelebihan bisnes printing yang anda mungkin tidak sedari sebenarnya:

  1. MODALnya rendah tetapi KEUNTUNGAN berganda
  2. Mendapat PERMINTAAN tinggi daripada pelanggan
  3. Boleh jana duit secara ONLINE atau OFFLINE (Tidak semestinya memerlukan kedai)
  4. Tidak perlukan PEKERJA yang ramai (Anda boleh buat sendiri, tak ada masalah)
  5. BOLEH buat pelbagai benda (Kad sahaja? Tak mungkin, banyak lagi anda boleh terokai)

 

Berikut adalah beberapa 5 carta teratas cara untuk anda cetak duit daripada rumah. Mari kami kongsikan.

1.BUAT T-SHIRT

Ini memang wajib berada dalam senarai cetak duit. Perniagaan T-shirt sememangnya boleh CETAK duit. Anda boleh mereka pelbagai design T-shirt yang dapat memenuhi kehendak pasaran. Lihat sahaja impak fenomena dunia K-Pop ke atas pasaran T-shirt. Memang lubuk emas! Kalau kena caranya, anda boleh jana pendapatan yang lumayan. Perniagaan T-shirt memang tidak ada pasang dan surutnya. Ada sahaja pelanggan yang pasti akan mempunyai permintaan untuk design t-shirt yang menepati kehendak mereka. 

s-l1000

Picture from Google

2. BISNES KAD KAHWIN

Seronok betul bila dengar pasal kahwin. Dalam minda, pasti terbayang akan persiapan, suasana dan busana perkahwinan. Tetapi tanpa jemputan, pastinya tidak meriah bukan sesebuah perkahwinan! Bisnes kad kahwin sekarang semakin mendapat tempat di hati peminat. Pelbagai design boleh kita dapati sekarang. Daripada design tradisional sehinggalah kepada yang paling kreatif. Lebih-lebih lagi sewaktu musim perkahwinan, pasti tak menang tangan anda dibuatnya. Ini sememangnya satu peluang perniagaan yang patut anda ceburi!

 

love-1284492_1920

3. PERCETAKAN GAMBAR

Percetakan gambar juga tidak asing dalam dunia percetakan. Terdapat permintaan yang cukup tinggi terhadap percetakan gambar baik dari segi permintaan terhadap jurugambar dan juga photobooth. Dimana ada permintaan tersebut, pastinya percetakan gambar turut menjadi pilihan sebagai produk penghasilan. Gambar yang menarik dan berkualiti adalah perlu untuk dijadikan kenang-kenangan. Mengapa tidak anda memanipulasikan permintaan ini dan menjadikannya satu kenyataan. Banyak produk yang anda boleh hasilkan seperti membuat photo album khas, photobooth siap dengan percetakan dan mencetak gambar pada T-shirt, cenderamata, phone casing dan juga pada bag. Mencari-cari mesin yang dapat melakukannya? Rujuk disini dan disini.  

machine-585262_1920

4. BISNES KAD NAMA

Perniagaan kad nama juga adalah perniagaan percetakan yang dapat memberikan keuntungan lumayan. Ini kerana dengan modalnya yang sangat rendah, anda boleh mendapat keuntungan yang sangat besar. Pasaran untuk pembuatan kad nama juga sangat meluas. Tidak terhad kepada individu sahaja, malah terhadap sesebuah organisasi. Teringin nak buat? Jom tengok sini. 

business-card-943996_1920

 

5.PERNIAGAAN BUTTON BADGE

Button badge. Dengan modal kurang daripada RM2 ribu, anda boleh menjana pendapatan yang tinggi. Cuba anda bayangkan, kos untuk membuat button badge tidaklah semahal mana iaitu tidak sampai daripada RM0.50. Tapi anda boleh menjualnya lebih daripada harga tersebut mengikut harga pasaran. 

Secara kesimpulannya, mengapa ia digelar cetak duit daripada rumah? Kerana anda boleh melakukannya tanpa memerlukan kedai ataupun perkerja yang ramai. Anda tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan modal yang banyak. Jadilah usahawan DIY yang bijak. 

Di DIYPrintingSupply, kami mempunyai pilihan produk bagi mereka yang ingin mencetak duit daripada rumah.  Untuk mengetahui jenis-jenis produk yang anda boleh jual, anda boleh layari blog serta laman web kami untuk idea-idea permulaan perniagaan produk yang anda minati.

LAMAN WEB DIYPRINTINGSUPPLY:

Digital-Heat-Press-Machine

http://diyprintingsupply.com/business-packages.asp

Anda juga boleh datang sendiri berjumpa dengan perunding perniagaan kami yang mesra dan sedia membantu anda dari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 6 petang. Lawati bilik pameran kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Perniagaan Percetakan Hadiah DIY ini hari ini!!

Anda juga boleh menghubungi kami ditalian yang tertera dibawah. Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.

019.3233.864 zetty
019.3232.556 sammi
019.3232.740 erny
019.3232.783 Maria

Atau emailkan kepada kami di ask@diyprintingsupply.com

Ingin berjumpa kami?

Anda boleh melawat kami di Bandar Baru Klang.

 

BERMINAT DENGAN ARTIKEL INI?

JOM SHAREKAN DI FACEBOOK ANDA!

Sekiranya anda mempunyai pandangan atau idea untuk berkongsi tips cetak duit anda sendiri. Anda dialu-alukan untuk komen di ruangan bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?