Pada zaman yang serba canggih ini, memang sukar jika kita hanya bergantung kepada satu pendapatan sahaja. Mana nak bayar ansuran kereta, sewa rumah, bil telefon, duit minyak, tol, bil air, bil elektrik dan banyak lagi. Pendek kata, pendapatan tetap itu tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian kita, tambahan pula untuk kehidupan di ibu kota.
Betul ke boleh jana pendapatan dari rumah?
Betul! Di DIY Printing Supply, kami akan membantu dan berkongsi ilmu sehingga anda mampu menjana pendapatan dari rumah. Bisnes percetakan bukanlah sesuatu perkara yang baru didengari tentang kewujudan industri ini. Kami pernah mendengar keluhan segelintir usahawan yang ada keinginan untuk memulakan perniagaan tetapi merasa ragu untuk memulakannya. Ada yang pening memikirkan modal yang tidak cukup, tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan peralatan atau bahan-bahan perniagaan.
Tahukah anda, perniagaan jenis percetakan merupakan bisnes yang boleh memberikan keuntungan yang lumayan. Keuntungan anda boleh melebihi sasaran yang anda tetapkan, ini bergantung kepada cara anda menguruskan perniagaan tersebut. Untuk berjaya, anda harus mengeksploitasi dunia percetakan kerana, bidang percetakan mempunyai peluang perniagaan yang meluas dan boleh sahaja dijalankan di rumah secara sepenuh masa’ atau sampingan. Antara kelebihan bisnes percetakan yang anda perlu tahu :
a. Modal rendah, keuntungan tinggi
b. Permintaan tinggi daripada pelanggan
c. Boleh menjana duit secara ‘online’ atau ‘offline’
d. Tidak memerlukan pekerja yang ramai
e. Boleh buat pelbagai jenis cetakan (kad kawin, bisnes kad, sticker, printing baju, button badge, dan sebagainya.)
Kami juga akan kongsikan jenis perniagaan yang anda boleh lakukan di rumah dengan keuntungan yang tinggi. Antara jenis bisnes cetakan yang menjadi tumpuan dan membawa keuntungan :
T-shirt
Cetakan baju antara bisnes yang menjadi tumpuan orang ramai dan membawa keuntungan yang sangat tinggi. Pelbagai jenis t-shirt baju yang boleh direka untuk memenuhi kehendak pasaran. Bisnes percetakan baju boleh dikatakan lubuk emas untuk menjana pendapatan. Perniagaan cetakan baju sememangnya tiada pasang dan surut. Ini kerana, ada sahaja pelanggan yang pastinya akan membuat permintaan untuk menempah cetakan t-shirt.
Cetakan gambar
Bisnes percetakan gambar juga tidak asing dalam dunia percetakan kerana mendapat permintaan yang tinggi. Gambar yang menarik dan berkualiti boleh dicetak untuk dijadikan kenang-kenangan. Pelbagai jenis produk yang boleh dihasilkan antaranya album gambar, photobooth, polaroid dan banyak lagi.
Button badge
Dengan bermodalkan kurang dari RM2000, anda mampu menjalankan perniagaan ini dan menjana pendapatan yang tinggi. Cuba anda bayangkan, kos untuk membuat button badge tidaklah semahal mana iaitu lebih kurang RM0.50, tetapi anda boleh menjualnya lebih dari harga tersebut mengikut harga pasaran.
Kesimpulannya, perniagaan seperti ini boleh dijalankan di rumah tanpa perlu menyewa kedai atau ramai pekerja. Jadilah usahawan DIY yang bijak berfikir dan bijak merancang. Di DIY Printing Supply, kami menyediakan pelbagai jenis produk yang boleh dijual. Anda boleh layari blog serta laman web kami untuk mendapatkan idea-idea sebagai permulaan anda.