Setiap tahun kita menantikan ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Semua orang tidak kira tua atau muda pastinya akan menggayakan baju melayu dan baju kurung yang baharu. Suasana ini pastinya menceriakan seisi keluarga.
Bercerita soal baju raya ini pastinya ramai yang akan membelinya apabila tiba hari raya. Jadi jika anda seorang ahli perniagaan, semestinya anda ingin ambil peluang ini untuk menjual baju melayu dan baju kurung betul tak?
“Tapi saya tak tahu menjahit”
Di zaman moden ini tak semestinya jika kita tiada sesuatu kemahiran kita akan gagal. Dengan adanya internet, anda mampu menjual apa sahaja yang anda inginkan. Berkenaan perkara ini akan kami huraikan kemudian.
Sebelum itu, apa kata kita kenal dahulu dengan jenis-jenis baju melayu dan baju kurung. Kalau nak jual sesuatu barang mesti kita perlu tahu tentang produk tersebut. Betul tak?
Jenis-jenis Baju Melayu
1. Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang mendapat namanya melalui kolar lehernya yang tinggi dan ‘mencekak’ tengkuk. Biasanya terdapat lima kancing pada Baju Melayu Cekak Musang; dua di bahagian leher, dan tiga di bawahnya. Baju jenis ini sehingga kini masih menjadi pilihan orang ramai tidak kira tua atau muda.
2. Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga atau lebih dikenali Baju Melayu Johor ini berbeza menerusi lehernya yang disulam ringkas di kelilingnya. Bahagian leher hanya dibelah pendek di hadapan dan ia cuma mempunyai satu butang. Kebiasannya sampin dipakai di bawah baju dan digayakan dengan seluar hitam.
3. Baju Melayu Raihan
Baju Melayu Raihan ini mula terkenal apabila kumpulan nasyid Raihan mula menggayakan semasa persembahan mereka. Ia mempunyai butang penuh dibahagian hadapan dan digayakan bersama seluar tanpa mengenakan sampin.
4. Baju Melayu Moden
Terdapat beberapa ciri bagi baju melayu moden. Antaranya adalah baju melayu tanpa pesak yang direka supaya baju tersebut tidak kelihatan terlalu longgar dan besar, tetapi sebaliknya kemas dan segak. Kalau sesiapa yang menggayakan baju Melayu moden ini memang boleh buat hati wanita cair lah!
Jenis-jenis Baju Kurung
1. Baju Kurung Pesak
Baju kurung pesak adalah jenis baju kurung tradisional atau potongan klasik yang mula-mula dipakai oleh semua wanita di Malaysia. Apa yang membezakan rekaan baju kurung ini dengan rekaan yang lain adalah dengan adanya potongan pesak pada bahagian kiri dan kanan baju.
2. Baju Kurung Pahang
Sama seperti baju kurung pesak, baju kurung Pahang juga mempunyai pesak di bahagian kiri dan kanan baju. Apa yang berbeza adalah pesak bagi baju kurung ini mempunyai potongan yang lebih lebar daripada baju kurung baju pesak.
4. Baju Kurung Kedah
Bagi baju kurung Kedah pula, ia mempunyai potongan baju dan lengan yang singkat berbanding jenis-jenis baju kurung yang lain. Begitu juga potongan baju yang lebih singkat hanya sehingga paras punggung.
5. Baju Kurung Moden
Seterusnya pula adalah rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. Rekaan baju kurung moden ini sememangnya in trend dan pelbagai rekaan custom yang direka khas dengan pelbagai perincian.
Kaedah Mulakan Bisnes Busana Hari Raya
Percaya atau tidak sesiapa sahaja boleh menjual baju melayu dan baju kurung. Ya betul!
Kalau tak percaya saya akan kongsikan cara untuk memulakan perniagaan ini. Sebagai permulaan, kita perlu bahagikan kepada dua kelompok iaitu mereka yang mahir menjahit dan yang tidak mahir menjahit.
1. Mahir Menjahit
Bagi mereka yang mahir menjahit inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat. Mulakan dengan menjahit sampel baju untuk dijadikan rujukan kepada pembeli. Secara tidak langsung ia juga boleh dijadikan pameran koleksi supaya kemampuan anda sebagai tukang jahit menonjol.
Namun kemahiran sahaja tidak mencukupi untuk menjadikan anda seorang usahawan berjaya. Ini kerana pada hari ini terlalu ramai pesaing lebih-lebih lagi yang menjual pakaian ready to wear. Oleh itu, anda perlu bijak dalam melancarkan promosi menerusi platform media sosial. Jika anda masih belum berpengalaman, anda boleh mencuba untuk membuat facebook page business untuk perniagaan anda. Dengan ini, akan lebih ramai yang tahu tentang perkhidmatan anda. Ayuh mulakan sekarang! Raya dah tak lama lagi.
2. Tidak Mahir Menjahit
Bagi anda yang mungkin tak pernah kenal jarum dan benang pun boleh jual baju raya tau. Cara yang paling berkesan adalah dengan menjadi stokis atau agen dropship.
Apa perbezaan stokis dan dropship ini?
Bagi stokis, anda boleh membeli sejumlah pakaian daripada pembekal untuk dijual semula kepada pelanggan. Ada kelebihan jika anda menjadi stokis. Sekiranya stok yang anda beli adalah dari jenama yang terkenal. Pasti akan ramai yang membeli dengan anda. Lebih-lebih lagi apabila anda menawarkan warna dan saiz yang pelanggan minati. Untuk keuntungan pula. Anda perlu berbincang dengan pembekal berapa pengurangan harga yang ditawarkan secara pukal. Ambil kira faktor tersebut dan cuba jual semula mengikut harga pasaran
Jika anda ingin menjadi agen dropship, anda hanya perlu mempromosikan pakaian tersebut. Kemudian terima pesanan dari pelanggan dan pihak stokis pula akan uruskan penghantaran. Menjadi agent dropship pun boleh untung tau. Kiraan untung anda mungkin sekitar RM5 – RM10 bagi sehalai baju. Jika anda mencapai target jualan pastinya anda akan diberi ganjaran. Haa untung kan?
Itulah cara-cara bagaimana untuk anda menjual baju pada musim hari raya. Memang waktu ini mana-mana perniagaan pun akan rancak. Jadi jangan lepaskan peluang ini tau!
Tapi kalau anda inginkan sesuatu lain dari lain, anda jual boleh mula berjinak-jinak dalam perniagaan cetakan cenderahati. Waktu hari raya ni kan ramai orang suka bagi hadiah. Dengan peluang ini anda boleh cipta customize gifts bertemakan hari raya. Contohnya mug, tote bag dan button bagde. Jom sertai kami untuk mendapatkan pakej menarik dan latihan keusahawanan. Maklumat lanjut boleh klik di sini.