Bercerita kisah kanak-kanak istimewa ini, kita sememangnya tahu bahawa mereka ini serba kekurangan dan tidak seperti kanak-kanak normal yang lain. Seperti kanak-kanak autisme, sindrom down dan disleksia juga wajar menerima galakan dan dorongan untuk belajar dan bermain. 

Kanak-kanak istimewa perlu diberi layanan yang sama dan mendapatkan pendidikan khas yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Mereka lebih memerlukan perhatian, sokongan, dorongan dan bantuan agar mereka tidak rasa tersisih. Mereka perlu diberikan kasih sayang yang secukupnya terutama daripada keluarga sendiri. 

Masyarakat juga perlu sedar bahawa mereka juga perlu melibatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik agar golongan kurang upaya ini dapat merasakan kesamaan dalam hidup bermasyarakat. Kanak-kanak istimewa juga perlu didedahkan dengan pendidikan agar mereka tidak ketinggalan dan membuka peluang yang cerah untuk masa depan mereka. 

Mrs. Phillomina merupakan salah satu peserta DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) yang mempunyai cerita yang menarik disebalik keterlibatannya selama 3 hari di DPAS. Mrs. Phillomina merupakan salah seorang tenaga pengajar di Bethany Home, iaitu sekolah untuk kanak-kanak kurang upaya.

“Bethany Home adalah pusat utama untuk kanak-kanak istimewa. Apa yang membawa kami ke sini untuk menyertai DPAS ialah kami ingin melakukan sesuatu untuk kanak-kanak istimewa di Bethany Home. Apa sahaja yang kami lakukan dan buat adalah untuk kepentingan masa depan mereka nanti”, ujar beliau.

Mrs. Phillomina ada menyatakan bahawa, kebanyakan kanak-kanak istimewa tidak didedahkan dengan dunia luar dan diberikan kemahiran untuk masa depan mereka. Jadi penubuhan Bethany Home ini bertujuan membantu membentuk kemahiran dan memberikan pendedahan kepada mereka, agar mereka mampu berdikari kelak.

“Kami menjalankan perniagaan percetakan ini untuk membantu kanak-kanak istimewa ini dengan memberikan aktiviti atau latihan vokasional. Di samping mencari dana untuk Bethany Home ini. Segala hasil kerja di Bethany Home adalah hasil tangan dan usaha daripada kanak-kanak istimewa ini” katanya lagi.

Walaupun mereka ini serba kekurangan, tetapi mereka juga mempunyai bakat yang tidak ada pada semua orang yang normal. Banyak sahaja hasil kerja orang-orang kurang upaya ini yang mampu menandingi hasil kerja mereka yang normal.

Mrs. Phillomina sangat berterima kasih kepada DIY Printing Supply, kerana sudi membantu dengan memberikan ilmu dan tunjuk ajar dalam bidang percetakan. 

Untuk pengetahuan semua, DPAS masih dibuka untuk kemasukan pada bulan Julai 2019 bagi sesi 02/2019.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?