Cetakan pemindahan haba atau heat transfer printing telah lama bertapak di Malaysia.  Cetakan cara seperti ini sangat popular dikalangan peniaga yang terlibat di dalam industri perniagaan hadiah/cenderamata.  Terdapat beberapa faktor mengapa perniagaan seperti ini semakin diterima dan berkembang.  Antaranya adalah kerana:

  1. Modal permulaan berinaga yang sangat berpatutan
  2. Margin keuntungan yang tinggi
  3. Sangat membantu peniaga kecil memandangkan tidak perlu MOQ.

42

Terdapat pelbagai produk cenderamata yang anda boleh cetak dengan menggunakan teknik cetakan pemindahan haba ini.  Antaranya seperti cawan, pinggan, tekstil, beberapa jenis bingkai, aksesori telefon dan lain-lain.  Walaubagaimanapun, anda perlu tahu asas kepada cetakan pemindahan haba ini boleh dibahagikan kepada 3jenis iaitu teknik cetakan pemeljawapan, pemindahan dan cetakan vinyl.

  1. Teknik Cetakan Pemeljawapan/Sublimation:
    Kebiasannya, cetakan seperti ini digunakan pada fabrik seperti microfiber, dry fit, poliester, jersi dan T-shirt biasa. Selain fabrik, teknik pemeljawapan boleh juga digunakan pada produk yang bersalut dengan material keras seperti cawan dan pinggan. Teknik ini memerlukan anda menggunakan dakwat dan kertas pemeljawapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
  2. Teknik Cetakan Pemindahan:
    Teknik cetakan ini pula menggunakan dakwat pigment dan kertas pemindahan atau transfer paper.  Antara produk yang boleh menggunakan teknik ini adalah seperti  kain kapas, poliester, topi dan sebagainya dalam pelbagai jenis warna.  Terdapat 2jenis kertas pemindahan iaitu untuk warna gelap dan warna cerah.  Kegunaan untuk setiap jenis kertas ini bergantung pada warna fabrik.  Kebiasaannya jika anda menggunakan fabrik berwarna, adalah lebih baik jika menggunakan dark based transfer paper dan begitulah sebaliknya.
  3. 07Cetakan Vinyl:
    Untuk cetakan jenis vinyl, anda perlu ingat bahawa ianya hanya boleh menggunakan satu warna sahaja dalam satu masa.  Untuk proses cetakan ini, anda perlu menggunakan cutting plotter untuk memotong gambar atau corak yang anda perlukan dengan menggunakan software tertentu.  Selepas pemotongan selesai, barulah imej boleh dipanaskan diatas fabrik atau t-shirt.

Di www.DIYPrintingSupply.com, kami menyediakan pelbagai peralatan untuk cetakan pemindahan haba seperti mesin, aksesori, dan sebagainya untuk anda memulakan perniagaan ini segera!!

Lawati kedai kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan ini!!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?