Apakah itu ‘Price War’? Bagi kebanyakkan peniaga, PRICE WAR ini adalah sesuatu yang perlu dielak. Price War adalah suatu situasa dimana sesorang peniaga memberi harga yang terlalu rendah kepada pelanggan yang mengakibatkan perniaga-perniaga yang berada dalam industri yang sama terpaksa menurunkan harga untuk bersaing.
Cara ini merupakan suatu tektik kotor yang bukan hanya menyusahkan pesaing malah juga mengakibatkan persaingan yang tidak sihat dalam sesuatu perniagaan.
Mengapa kami katakan PRICE WAR adalah tidak sihat untuk sesebuah perniagaan? Dibawah ini kami sertakan sebab-sebabnya:
Harga barangan yang terlalu rendah akan menyebabkan peniaga akan memperoleh margin keuntungan yang rendah. Ya, anda boleh hidup dengan untuk yang rendah, tetapi adakah anda boleh memberi servis yang baik kepada pembeli? Mampukah anda mengajikan pekerja yang betul-betul mahir? Kita ambil contoh mudah, mampukah sebuah kereta MyVi mengunakan enjin FERRARI?
Kami mengaku, harga memang akan memainkan peranan yang tinggi untuk menarik ramai pembeli untuk memilih produk anda. Tetapi anda perlu tahu perbezaan antara ‘one-time buyer’ dan ‘life-time buyer’. Walaupun anda menyediakan harga yang rendah, namun jika anda gagal menawarkan perkhidmatan dan kualiti produk yang terbaik, anda hanya akan berjumpa ‘one-time buyer’.
- one-time buyer: pembeli yang hanya membeli sekali produk anda dan merasa tidak berpuas hati dengan produk atau servis. Pembeli seperti ini tidak akan datang lagi. Kemungkinan juga akan memaklumkan orang sekeliling mereka untuk tidak membeli barangan yang anda jual.
- life-time buyer: pembeli yang berpuas hati dengan pembelian mereka dan akan datang untuk kali kedua, ketiga, atau berterusan dengan anda. Mereka juga akan membantu anda membuat promosi secara tidak lansung dengan memberi tahu orang sekeliling tentang pengalaman pembelian mereka dengan orang-orang sekeliling.
Price war juga akan membunuh perniaga-perniaga kecil atau mereka yang baru mulakan perniagaan. Hasilnya, mereka yang monopoli market sahaja yang mampu bertahan. Sebagai contoh untuk perniagaan bunting, competitor A offer rm10, competitor B offer rm8, dan competitor c offer rm4 dimana terlalu hampir dengan harga kos.
Kerana fenomena ini, DIYPrintingSupply.com mengambil jalan untuk tidak terlibat dalam price war. Kami juga tidak menyokong mana-mana pihak yang terlibat dengan price war ini. DIYPrintingSupply.com lebih gembira untuk bersaing secara sihat dengan menawarkan lebih added value dalam sesuatiu produk jualan kami seperti memberi servis yg memuaskan, training yg lengkap, product yg berkualiti, ilmu-ilmu yg diperlukan dll utk pelanggan-pelanggan DIY.
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini DIYPrintingSupply.com telah dianugerahkan dgn ‘12th Asia Pacific International Honesty Enterprise – Keris Award 2013’ http://diyprintingsupply.com/…/diyprintingsupply-com…/
Akhir kata: BERSAINGLAH SECARA SIHAT!!!