Dalam sesebuah syarikat atau organisasi, bos merupakan orang penting yang akan memimpin ke mana arah tuju dan matlamat yang ingin dicapai dan diraih. Pekerja merupakan tulang belakang sesebuah syarikat atau organisasi dalam membantu merealisasikan sesebuah impian dan matlamat.
Sebagai seorang bos atau ketua, anda perlulah menjaga hubungan baik dengan pekerja bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan saling menghormati. Apabila timbul suasana pekerja menyukai dan menghormati ketua, akan terserlahlah keikhlasan dari dalam diri pekerja untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Sebagai pekerja juga, mereka sangat mengharap sedikit penghargaan untuk tugasan yang mereka berjaya siapkan. Seperti kata ucap ‘terima kasih’ atau ‘tahniah’ sangat bermakna, kerana mereka merasakan sangat dihargai dan penat lelah mereka menyiapkan tugasan dianggap berbaloi.
Encik Chung Teck Boon dari Limba, Sarawak. Beliau telah memulakan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang selama 9 tahun bersama dengan abang ipar beliau dan kini telah bertukar bidang perniagaan kepada percetakan. Beliau merasakan perniagaan percetakan ini boleh membawa kemajuan dan keuntungan kepada syarikat dan pekerja beliau.
Dengan membawa dua orang pekerja dan isteri, bersama datang menyertai DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) merupakan satu langkah buat beliau untuk menambah ilmu pengetahuan pekerja-pekerja untuk sama-sama berjaya dan maju dalam perniagaan percetakan yang beliau telah bangunkan.
“Saya ini tak pandai baca, tak pandai menulis Melayu , English, Chinese saya memang tak pandai. Tapi saya suka berniaga, apa yang saya boleh buat saya akan usahakan sampai saya berjaya”, kata Chung Teck Boon.
Chung Teck Boon mempunyai rakan kongsi yang banyak membantu beliau dalam menjalankan perniagaan percetakan,iaitu Ms Tan Lily yang dibawa bersama ke program DPAS ini
Walaupun merupakan pengusaha kepada percetakan yang buta huruf, ia tidak menghalang beliau untuk berjaya seperti usahawan yang lain. Sikap seperti inilah yang perlu ada dalam diri setiap orang yang inginkan kejayaan dalam kehidupan. Jangan jadikan kekurangan kita, penghalang untuk kita terus maju ke hadapan.Malah dengan rendah diri juga beliau mengaku mari kita sama-sama belajar untuk jadi lebih berjaya pada pekerja beliau.
Untuk pengetahuan semua, DPAS masih dibuka untuk kemasukan pada bulan Oktober 2019 sesi 5/2019