Siapapun diri kita, sekuat manapun diri kita ketahuilah, bahawa di setiap kejayaan seorang anak itu berdirinya seorang ibu yang sentiasa teguh menyokong dan berdoa untuk anda. Kasih dan sayang seorang ibu tidak pernah berkurang walau sedikitpun, mereka sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Seorang ibu sanggup melakukan apa saja untuk anak-anak mereka, walau terpaksa berkorban masa dan tenaga. Demi kepentingan dan masa depan anak-anak mereka. Percayalah mereka tidak pernah meninggalkan anda keseorangan disaat anda merasa sedih atau kecewa.

Begitu juga dengan Puan Norli Madlan, atau nama pena beliau, Bonda Nor. Ibu kepada tujuh orang anak yang sangat cinta dan sayangkan anak-anaknya, hingga sanggup melakukan apa sahaja demi melihat senyum kebahagian terpancar di wajah mereka.  Dorongan dan sokongan yang kuat sentiasa diberikan.

Bagi lebih mengenali lagi, siapa Bonda Nor, beliau merupakan ibu yang bekerja tinggi, yang mana beliau pernah bersiaran disebuah stesen radio di Malaysia, dan banyak memberikan pendapat dan pandangan mengenai ‘pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik’.

“Sebagai ibu dan bapa, kita perlulah sedar tentang kecenderungan seorang anak terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh, jika anak anda minat dalam bidang peragaan, anda seharusnya memberi sokongan kepada anak anda, bantu mereka untuk mencapai impian mereka dengan membawa mereka mengikuti kursus peragaan”, kata Puan Norli.

Usah dilihat kejayaan seorang anak itu melalui kepandaian dari segi akademik sahaja, atau lulus cemerlang dalam peperiksaan ataupun berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Tetapi lihatlah juga kemampuan dan kebolehan yang ada pada seorang anak itu.

Puan Norli berkata lagi, “sedar atau tidak, sebenarnya dunia kita ini dipegang oleh orang-orang yang tidaklah berjaya dalam pelajaran. Dalam erti kata lain, bukan gred A di sekolah, tetapi mereka mempunyai kelebihan dan kebolehan yang tidak ada pada orang gred A. Sebagai contoh, pengasas Didi & Friends yang sebenarnya bukanlah pelajar yang cemerlang bahkan selalu tercicir dalam pelajaran. Tetapi lihatlah sekarang, kejayaan pengasas itu di mana sekarang. Dalam tidak sedar, sebenarnya dunia ini dipegang oleh orang seperti ini”, ujarnya.

Kenyataan Puan Norli sangat jelas dan benar, mengenai kejayaan orang yang kurang cemerlang dalam pelajaran tetapi berjaya dalam dunia realiti sehingga mampu menandingi orang yang cemerlang ini. Jika dilihat lebih luas lagi, ramai sahaja orang di dunia ini  yang kurang dalam pelajaran tetapi mampu berjaya dalam kehidupan dan masa depannya, malah nama mereka disebut diserata dunia.

“Saya sedar anak saya mempunyai kekurangan dari segi akademik, tetapi saya yakin bahawa anak saya mempunyai kecenderungan dalam bidang fotografi dan dia mampu berjaya. Jadi sebagai ibu, bila saya tahu bahawa anak meminati bidang fotografi saya terus cari tempat yang sesuai untuk hantar anak saya pergi kursus untuk belajar dengan lebih mendalam lagi”, katanya.

Inilah yang dikatakan kasih dan pengorbanan seorang ibu atau ayah yang sanggup berhempas pulas demi memberikan masa depan yang cerah kepada anaknya. Pengorbanan yang dilakukan bukan untuk mengharapkan balasan dari anak-anak, tetapi sekadar ingin melihat kejayaan anda di dunia dan akhirat.

‘Seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik buat anaknya’

“Bila saya tahu anak saya mempunyai minat dalam bidang fotografi, saya terus bawa anak saya untuk sertai program DPAS ini. Sebab saya ingin kembangkan bakatnya supaya dia boleh pergi lebih jauh”, katanya.

DPAS, banyak membantu PRINTpreneur berjaya dalam bidang percetakan dengan memberi tunjuk ajar dari segi rekaan grafik, pemasaran dan cara mengendalikan mesin percetakan, termasuklah membantu mencapai hasrat Puan Norli dan anak beliau sendiri. Kami sendiri melihat kesungguhan anaknya untuk belajar diprogram ini, kami merasa kisah Puan Norli perlu dijadikan contoh untuk mereka di luar sana.

Untuk pengetahuan semua, DPAS masih dibuka untuk kemasukan pada bulan Ogos 2019 bagi sesi 03/2019.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?