Produk pemejalwapan boleh dijadikan cenderamata peribadi atau sebagai tanda ingatan atau dijadikan promosi pemasaran dan produk insentif. Dengan menggunakan lapisan pemejalwapan ke luar objek, contohnya cawan, pinggan, dan lain-lain, gambar yang dicetak menggunakan proses pewarna-pemejalwapan yang terhasil sangat cerah, berwarna terang yang tidak akan dapat diperolehi oleh mana-mana kaedah yang lain. Imej-imej digital atau potret anda sendiri boleh menjadi indah dengan, mula-mula dicetak menggunakan dakwat khas ke atas kertas inkjet sebagai pembawa, yang kemudiannya dibalut di sekeliling bahagian luar permukaan silinder atau dipasang pada permukaan yang rata. Di bawah panas dan tekanan, imej kekal dilekat di permukaan objek.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kualiti imej yang dicetak pada produk pemejalwapan adalah sangat jelas, cerah, dan terang yang tidak dapat diperoleh dengan mana-mana kaedah yang lain. Apa yang lebih penting, produk ini satu-satunya produk buatan tangan dan memastikan anda mempunyai produk peribadi atau cenderamata istimewa. Semua potret digital anda sendiri, logo syarikat, gambar kilang atau memori indah anda boleh disemadikan dan dicetak ke produk-produk dan kelihatan benar-benar berbeza dan istimewa dari yang lain.