Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana cetakan pada T-shirts, mug dan bantal dihasilkan? Apakah rahsia disebalik cetakan tersebut?
Rahsianya adalah melalui penggunaan mesin heat press.
Untuk entri pada minggu ini, DIYPrintingSupply ingin membawa anda untuk mengenali Mesin Heat Press atau Heat Transfer Machine dan kegunaannya. Mesin heat press adalah sebuah mesin yang digunakan untuk mencetak pelbagai jenis imej atau corak pada fabrik ataupun permukaan. Ianya berfungsi dengan menggunakan kepanasan dan juga tekanan yang telah ditentukan mengikut spesifikasi (bergantung kepada jenis produk).
Setiap mesin dibekalkan dengan penentu masa (timer) dan juga penggera (buzzer) [kecuali semi automatik]
Bagi mesin heat press digital, ianya akan menunjukkan digital display timer yang mana anda akan dapat melihat penentu masa mengira saat pada skrin. Bagi heat press yang bukan digital, ianya memerlukan anda untuk menetapkan masa secara manual. Selesai sahaja masa yang telah ditetapkan, penggera akan berbunyi menandakan proses percetakan sudah selesai.
MANUAL atau AUTOMATIK?
Perbezaan antara mesin heat press manual ataupun automatik adalah daripada segi pengendaliannya.
Untuk manual, anda perlu menetapkan tetapan (setting) untuk suhu dan tekanan bagi bahan yang anda gunakan. Ini termasuklah pengendalian papan pemanas (heat platen). Apabila mesin selesai memanaskan bahan yang dicetak, anda perlu mengangkat heat platen tersebut.
Manakala bagi automatik, anda boleh programkan dahulu tetapan terlebih dahulu untuk bahan yang anda gunakan. Bagi pengendalian heat platen, ianya akan terbuka sendiri selepas pemanasan selesai.
Yang mana lebih baik?
Ianya bergantung kepada kehendak anda.
MANUAL merupakan pilihan terbaik bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia percetakan. Tambahan pula, ianya tidak memakan kos yang mahal.
Tetapi sekiranya anda mempunyai bisnes percetakan yang berskala besar dan menghasilkan produk percetakan yang banyak, anda boleh memilih AUTO kerana ianya memudahkan perjalanan kerja anda dan pastinya badan anda tidak akan berasa lenguh di kemudian hari selepas seharian mengendalikan mesin. Mesin AUTOMATIK memakan kos yang agak tinggi sedikit berbanding manual. Tetapi dengan kadar pengendaliannya yang mudah dan bersesuaian dengan operasi anda, pastinya ia sangat berbaloi.
CLAMSHELL atau SWING-AWAY?
Clamshell atau swing-away adalah jenis-jenis mesin heat press yang terdapat dipasaran.
Penggunaan clamshell adalah dengan mengangkat papan pemanas menggunakan pemegang dengan posisinya dihadapan pengguna. Ianya mudah digunakan sewaktu mengendalikan T-shirt keluar dan masuk dan sangat mudah dikendalikan. Malah, ia turut tidak menggunakan ruang yang banyak.
Kekurangannya adalah dari segi papan pemanasnya. Anda perlu berhati-hati sewaktu mengendalikannya kerana papan pemanas tersebut terletak dibahagian atas bahagian kerja anda sewaktu ianya dibuka.
Untuk swing-away, papan pemanasnya boleh dialihkan daripada tapaknya. Jadi pengguna boleh melihat secara jelas produk yang dihasilkan. Antara kelebihan Swing-away ialah ianya berguna dalam mencetak bahan-bahan yang tebal seperti piala dan sebagainya.
Kekurangannya ialah ia memakan ruang kerja yang besar. Jadi anda perlukan ruang yang cukup besar sewaktu mengendalikan mesin tersebut.
SAIZ
Saiz heat press adalah berbeza-beza dari saiz kecil 20 cm x 20 cm sehinggalah ke saiz besar iaitu 58 x 38 cm atau 50 cm x 40 cm.
Kebanyakan heat press yang terdapat di pasaran didatangkan dalam standard size iaitu 38 cm x 38 cm. Tetapi sekiranya anda ingin menggunakan heat press untukpelbagai produk, anda boleh memilih heat press yang bersaiz besar. Ini juga bergantung kepada kemahuan dan keperluan anda.
Mencari mesin heat press terbaik untuk perniagaan anda?
Atau hubungi kami di
019.3233.864
019.3232.556
019.3232.740
019.3232.783
email kami di ask@diyprintingsupply.com
[huge_it_forms id=”3″]