Menceburkan diri dalam perniagaan percetakan, bukan sahaja dengan mengetahui cara memasarkan dan menjual produk anda. Tetapi anda juga perlu tahu bagaimana cara untuk memproses produk dan apa yang anda perlu lakukan sebagai pemilik perniagaan.
Selain itu, anda juga perlu tahu bagaimana untuk memilih peralatan percetakan yang berkualiti dan sempurna. Di sini kami akan nyatakan 4 soalan yang boleh membantu anda dalam memilih peralatan yang sesuai
- Automatik atau Manual?
Ketahuilah anda bahawa mesin percetakan automatik dan manual mempunyai perbezaannya dan cara kegunaan yang tersendiri. Mesin automatik HEATranz mempunyai sistem hidrolik yang berfungsi untuk membantu membuka mesin dengan sendirinya. Tetapi mesin manual HEATranz tidak mempunyai sistem hidrolik dan perlu dibuka secara manual.
Di sini kita dapat lihat bahawa mesin automatik mampu mengurangkan kerosakan semasa penyediaan bahan percetakan kerana kita tidak perlu mengawal atau mengawasi mesin berkenaan. Berlainan pula dengan mesin manual yang memerlukan perhatian lebih, semasa penghasilan bahan cetakan bagi mengelakkan kerosakan bahan.
2. Berapa banyak kuantiti yang perlu dihasilkan?
Jika anda masih baru dalam bidang percetakan ini, anda dinasihatkan untuk mencetak beberapa sampel dan menyiarkan di laman sosial anda untuk mempromosikannya. Contoh beberapa jenis percetakan t-shirt, mug yang pelbagai jenis dan sebagainya.
Pada kebiasaannya untuk perniagaan percetakan anda dinasihatkan menerima tempahan awal untuk mengelakkan kekangan masa. Dengan tindakan ini, anda boleh menguruskan dan mengatur kos pembelian bahan.
3. Siapa yang menggunakannya?
Panduan penggunaan sangat penting sekiranya anda merupakan seorang yang masih baru dalam dunia percetakan heat press ini. Jadi, sebelum anda membuat keputusan membeli mesin cetakan, anda perlu memastikan bahawa syarikat yang menjual mesin itu menyediakan latihan praktikal dan bantuan selepas pembelian.
4. Apakah pilihan tenaga eletrik yang ada?
Perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan apabila anda membeli mesin heatpress adalah berapa tenaga yang diperlukan dalam setiap mesin. Mesin pengeluaran yang tinggi biasa akan memerlukan sambungan 220 volt, sama seperti mesin basuh dan pengering baju. Oleh kerana ia menjimatkan tenaga elektrik, pasti harganya juga akan menjadi sedikit tinggi. Jadi dinasihatkan anda untuk memilih mesin heat press yang menggunakan tenaga kurang dari 220 volt.