Wanita bukan sahaja berperanan menjaga anak-anak dan menguruskan suami, tetapi wanita juga memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan bangsa dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi, golongan wanita telah banyak menyumbangkan dan membangunkan masyarakat, tidak kira dari segi pendidikan, sosial, ekonomi mahupun politik.
Sebagai contoh Puan Hajah Pazdilah Enda Sulaiman yang telah berjaya menghasilkan telekung eksklusif, yang menjadi kegilaan orang ramai. Mungkin namanya tidak dikenali, tetapi sebut sahaja Telekung Siti Khadijah pasti ramai peminatnya. Beliau sendiri tidak pernah sangka dan bermimpi untuk menjadi seorang usahawan, tetapi kini beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di luar negara juga.
Walaupun banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuh, beliau tetap berusaha dan penat lelah beliau selama ini membuahkan hasil. Begitu juga dengan Faiza Bawumi Sayed Ahmad, pengasas beras no.1 Malaysia iaitu beras faiza yang terkenal dengan produknya yang berkualiti dan bermutu tinggi.
Jadi jika mereka mampu bermula dari bawah, mengapa tidak anda?
Mrs Theivayanai atau lebih mesra dipanggil Theiva merupakan ibu kepada 4 orang anak berasal dari Melaka. Theiva merupakan salah seorang peserta DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) bagi sesi 01/2019 yang memenangi anugerah ‘Champion Star’ kerana semangatnya yang sangat positif untuk berjaya.
Katanya, “video pertama yang ditonton melalui Facebook DIYPrintingSupply.com telah menariknya untuk menyertai DPAS dan merasakan sendiri pengalaman dan mempelajari cara untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya”.
“Sebelum ini, saya memang ada bisnes sendiri. Tetapi saya seorang yang sukakan benda-benda baru. Saya sangat suka belajar perkara baru, kerana saya tidak suka buat perkara yang sama berulang-ulang kali. Kalau boleh saya mahu membuka perniagaan yang dekat dengan pelanggan, seperti perniagaan percetakan ini.
Percetakan hadiah diy memang menjadi tumpuan orang ramai kerana keunikan dan boleh di ‘custome’ mengikut cita rasa setiap orang. Oleh sebab itu, perniagaan percetakan sangat menarik perhatian kerana keuntungan yang dapat dihasilkan sangatlah lumayan dan mampu mengembalikan modal dalam masa dua hingga tiga bulan sahaja.
Mrs Theivani sendiri berkata “perkara yang saya rasa sangat gembira ialah, apabila saya melihat kepuasan daripada pelanggan saya. Kepuasan pelanggan adalah kebahagian saya”.
Semasa sesi temu bual, Mrs Theivani memberitahu kami bahawa dia telah membeli mesin percetakan untuk dia memulakan perniagaan. Dia juga telah memuatnaik gambar hasil pembelajarannya semasa di kelas rekaan grafik dan percetakan. Apa yang memeranjatkannya ialah, ramai yang bertanya harga produk seperti mug, baju, puzzle yang dimuatnaik di laman sosialnya, padahal Mrs Theivani belum lagi memulakan perniagaan itu.
Hal ini membuatkan semangatnya makin berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan percetakan ini. “Saya sangat yakin dan imaginasi saya sendiri dapat saya bayangkan bahawa saya boleh pergi jauh dalam bidang ini dan saya mampu mencapai target saya nanti”.
“Saya pasti pada masa akan datang, saya tidak akan lagi mencari pelanggan tetapi pelanggan akan datang cari kedai saya.
Mrs Theivani mempunyai keyakinan dan semangat yang sangat tinggi kerana dia ingin memulakan sesuatu yang baru dengan jayanya untuk kehidupan dia dan anak-anaknya juga.
DIY Printing Supply membuka DIY PRINTpreneur Academy School (DPAS) untuk membantu orang ramai yang ada minat tapi tidak nampak peluang itu untuk mempelajari cara bagaimana untuk menjadi usahawan percetakan yang berjaya. DPAS membantu PRINTpreneur sehingga mereka yakin dan tahu bagaimana cara untuk mereka memulakan perniagaan percetakan.
Untuk pengetahuan semua, DPAS masih dibuka untuk kemasukan pada bulan Julai 2019 bagi sesi 02/2019.