Sejak kita dilahirkan ke dunia ini, ibu bapa merupakan insan yang tidak pernah berhenti untuk mencurahkan segala kasih sayang mereka kepada kita. Mereka merupakan insan yang paling mulia dan banyak berjasa dalam membesarkan kita. Belaian dan kasih sayangnya tidak ternilai dan tidak terhitung banyaknya. Mereka sanggup berhempas pulas demi menjaga, membesarkan dan mendidik kita untuk menjadi insan yang sempurna dari segi akhlak dan peribadi. 

Demi membesarkan anak-anak tercinta juga, mereka sanggup ketepikan rasa penat lelah demi membesarkan anak-anak dengan sebaiknya. Benarlah pepatah menyatakan ‘kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’. Jadi, sebagai seorang anak pula, wajiblah kita  menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan berbuat baik dan menjaga pula kebajikan mereka apabila mereka tua kelak. 

‘Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa’

Izwan Nazari, 27 tahun lebih senang dipanggil Izwan merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik. Mempunyai perniagaan sebagai jurugambar, alat tulis dan juga perniagaan percetakan yang dibangunkan oleh ayahanda tercinta dan kini diuruskan olehnya sendiri. Kerana jurang umur yang terlalu jauh dengan adik-beradik, Izwan menawarkan diri untuk membantu ayahnya menguruskan perniagaan, bagi memenuhi ruang komitmen yang ada.

“Sebelum saya menguruskan perniagaan keluarga, saya bekerja di luar sebagai ‘debt collector’ atau pemungut hutang di Telekom Malaysia ™ . Gaji hanyalah sebanyak RM 1,500 ada komisen tetapi tidaklah banyak”, katanya.

“Saya tidak suka duduk di rumah bersama keluarga, saya nakal dan suka memberontak sehingga saya abaikan keluarga saya. Sampailah suatu hari bila satu perkara itu terjadi, saya nekad untuk berubah demi mak ayah saya” demikianlah keluhan hatinya.

2 tahun bekerja di Shah Alam banyak mengajar Izwan erti kehidupan. Daripada seorang yang nakal, pemalas dan suka memberontak, Izwan berubah demi ibu bapanya tercinta. 

“Pada tahun 2017, saya merasa sangat terkilan dengan diri sendiri kerana tidak mampu menunaikan permintaan ayah saya. Ayah saya mahu menggunakan nama saya sebagai pemilik untuk membeli motorsikal, tetapi kerana kebodohan, kenakalan dan masalah saya sendiri, saya tidak mampu menunaikan permintaan beliau. Ayah saya baru minta nama saya untuk membeli motor, belum minta untuk membeli sebuah rumah”, katanya dengan rasa penuh penyesalan.

Izwan merasakan dia merupakan seorang anak yang tidak berguna, kerana tidak mampu menolong menunaikan permintaan ayahnya. Oleh kerana peristiwa dia tidak dapat membantu menunaikan permintaan ayahnya, Izwan nekad berubah demi menjaga dan membalas segala jasa baik ibu bapanya yang sekian lama telah bersusah payah selama ini. Inilah masa untuknya menebus balik masa yang telah dibazirkan dengan berbakti kepada orang tuanya.

Tambahan lagi ujar beliau,Izwan berkata, dengan pengetahuan yang saya ada, saya akan gunakan untuk memajukan lagi perniagaan yang ayah saya uruskan selama ini. Sebab itu saya datang ke DPAS, untuk belajar untuk mengumpul pengetahuan tentang perniagaan. In sya Allah saya akan berjaya dengan izin-Nya.

“Sekarang sudah tiba masanya untuk saya pula jaga mak ayah saya. Saya mahu tebus balik segala hal yang saya gagal buat selama ini untuk mereka”, katanya dengan penuh keyakinan.

Sesungguhnya DPAS, telah banyak membantu dan memberi sokongan kepada PRINTpreneur untuk berjaya dalam bidang percetakan dengan memberi tunjuk ajar dari segi rekaan grafik, pemasaran dan cara mengendalikan mesin percetakan, termasuklah Izwan Nazari sendiri. Kami melihat kesungguhannya untuk belajar membuatkan kami merasa kisah Izwan perlu dijadikan contoh untuk mereka di luar sana.

Anda rasa teruja dengan kisah Izwan, Ayuh hadiri ke program ini. Untuk pengetahuan semua, pengambilan DPAS masih dibuka untuk kemasukan pada bulan Ogos 2019 bagi sesi 03/2019.


 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?