Penilaian ujian akhir memang agak mengujakan untuk pelajar, tetapi ia juga boleh jadi antara mimpi yang mungkin tak dapat dilupakan. Sesi penilaian pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka & Diploma Media Cetak pada. Dengan julung kalinya juga, kami dari Pusat Keusahawanan PRINTpreneur (PKuP) telah dijemput sekali lagi oleh Politeknik Muadzam Shah, Pahang.
Dengan wakil dari PKuP juga, Puan Alizah untuk menjadi antara juri panel penilaian tersebut. Ekoran dari kesan pandemik C19 ini, sesi ini telah di jalankan secara virtual online, Skype.
Berlangsung selama 2 hari, sesi ini telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Apa yang menariknya, pelajar juga dikehendaki membuat penyampaian hasil reka cipta mereka melalui paparan video. Tujuan jemputan ini adalah bagi membuka mata bakal graduan dalam persepsi industri melalui apa yang mereka persembahkan.
Hasil dari sesi ini, pihak PKuP berpendapat bahawa seharusnya bakal graduan di dedahkan juga dengan kemahiran komunikasi bagi memberi sedikit pendedahan awal untuk memberi rumusan apa yang dipelajari sepanjang tempoh tersebut. Mahupun begitu, Puan Alizah merasakan pembaharuan rekaan seni yang dipersembahkan agak memuaskan berbanding seni reka yang sedia ada.
Disini membuktikan yang PKuP amat berharap agar sesi begini dapat memberi manfaat kepada bakal graduan untuk mendapatkan serba sedikit input apa yang yang di cari dalam industri, terutamanya di industri percetakan kini. Mahupun begitu, apa yang telah di lakukan oleh institusi pendididikan seperti dari Politeknik Muadzam Shah amat memberi manfaat bukan sahaja pada graduan tetapi juga kepada pihak PKuP sendiri.
Antaranya adalah dengan pendedahan tahap pembelajaran yang di berikan kepada pelajar, sebagai contoh teknik penghasilan seni reka menggunakan cetakan warna magenta. Oleh itu, pihak PKuP dapat gambaran bagaimana idea ini boleh di kembangkan di dalam industri percetakan.
Sebagai salah sebuah pusat pembangunan usahawan percetakan, sudah pastimya peluang ini memberikan kami peluang untuk memberi pendedahan kepada bakal graduan sekiranya, kerjaya percetakan menjadi pilihan selepas tamat pengajian. Bagi menjadi salah satu inisiatif juga kepada mereka untuk lebih memahami akan proses pembuatan hasil percetakan yang boleh dijual, PKuP menyediakan tambahan kemahiran melalui kursus-kursus pendek. Seperti program DPAS Seminar, DPAS Webinar dan pelbagai lagi.
Secara keseluruhannya, jemputan menjadi panel dalam penilaian akhir untuk Politeknik Muadzam Shah amat memberikan sejarah kepada kami sebagai contoh untuk menjadi sebagai peneraju industri percetakan. Hebatnya HEATranz!