Tanggungjawab seorang ayah sangat besar kerana mereka bukan sahaja mencari nafkah buat keluarga, tetapi menjadi keutamaan seorang ayah untuk memastikan keselamatan anak dan isteri. Sebagai ketua keluarga, sudah semestinya mereka inginkan yang terbaik buat keluarga. Mereka bukan sahaja ingin memastikan keselamatan keluarga,malah kebajikan dan ekonomi dalam juga terjamin.
Sebab itulah, kita diwajibkan untuk menghargai dan menghormati ayah, kerana mereka yang berhempas pulas untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna dan berjaya. Pengorbanan seorang ayah tidak mampu dibayar dengan wang ringgit, kerana pengorbanan mereka tidak ternilai harganya.
“Saya buat bisnes percetakan ini untuk kesenangan dan kemudahan anak-anak saya. Saya mahu anak sulung saya mengendalikan perniagaan yang saya bangunkan ini”, kata salah seorang PRINTpreneur Star DPAS, Encik Rozi Ithinin.

Encik Rozi mempunyai lapan orang anak dan kesemua masih dibangku sekolah. Beliau berkata, dengan pendapatan yang beliau perolehi setiap bulan, kini beliau merasakan sudah tidak lagi mampu menampung kos sara hidup yang makin meningkat, serta anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Encik Rozi memaklumkan bahawa, beliau seorang bekas pegawai kerajaan dan pernah berkhidmat selama lebih kurang 30 tahun sebagai bekas tentera dan kakitangan awam. Walaupun gaji hampir mencecah lima angka, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan percetakan ini.
“Saya merasakan keputusan untuk berhenti dari penjawat awam merupakan keputusan yang paling betul saya buat. Saya juga telah meminta anak sulung saya untuk berhenti melanjutkan pengajiannya di salah sebuah Kolej, dan membantu saya untuk menguruskan perniagaan yang saya mahu, anak saya ambil alih bila tiba masanya nanti”, kata Encik Rozi.

Beliau berasal dari Port Dickson telah membuat keputusan untuk berpindah ke Kota Warisan, Sepang. Di atas faktor untuk membuka perniagaan percetakan di sana. Setiap langkah yang diambil oleh Encik Rozi atas dasar kesenangan, dan kebaikan keluarga beliau. Beliau merasakan dengan kehidupan bekerja makan gaji sudah tidak mampu untuk menampung mereka sekeluarga.
Encik Rozi sendiri ada menyatakan bahawa beliau percaya, dan yakin bahawa perniagaan yang dibangunkan ini boleh pergi jauh dan mampu menjamin masa depannya sekeluarga.
“Tujuan saya sertai program DIY PRINTpreneur Academy School adalah untuk mempelajari tentang bidang percetakan. Saya yakin boleh buat dan boleh berjaya, sebab itu saya ingin belajar dan memahirkan diri dalam bidang ini”, kata Encik Rozi.

Di sini dapat kami buktikan, bahawa program yang kami jalankan hingga ke hari ini, mampu membantu usahawan-usahawan di luar sana untuk lebih berjaya dan lebih memahami cara untuk menjalankan perniagaan percetakan ini. Kami masih membuka peluang kepada usahawan percetakan yang berminat untuk menyertai program DPAS ini.