Ramai yang bertanya kepada kami, “Apakah perbezaan antara light-based dan dark-based transfer paper?” jika kita berbicara tentang jenis kertas untuk percetakan. Jadi mari kita kenali lebih lanjut tentang transfer paper dan kenapa anda perlu pilih antara dua transfer paper tersebut untuk hasil cetakan yang terbaik.
APAKAH ITU TRANSFER PAPER?
Transfer paper merupakan sejenis kertas yang digunakan dalam industri percetakan untuk memindahkan imej ke atas fabrik. Kertas ini digunakan untuk menghasilkan produk jenis kain seperti baju, kanvas dan beg. Apron dan bandana pun boleh, asalkan produk jenis kain.
APA AKAN TERJADI JIKA SALAH MEMILIH TRANSFER PAPER?
Produk yang dihasilkan akan menjadi pudar dan tidak memuaskan. Jika anda menggunakan light-based transfer paper ke atas fabrik gelap, anda tidak akan nampak imej yang telah dicetak dan ini akan mengakibatkan kerugian kepada stok fabrik anda. Jadi pastikan anda kenal apa itu light-based dan dark-based transfer paper!
KENAPA PILIH LIGHT-BASED TRANSFER PAPER?
Lihat: Pelbagai Pilihan Transfer Paper di DIY Printing Supply
Light-based transfer paper digunakan untuk fabrik berwarna putih. Jika baju anda berwarna putih, anda boleh gunakan light-based transfer paper kerana imej yang dicetak tidak akan tenggelam akibat warna baju.
CARA PENGGUNAAN LIGHT-BASED TRANSFER PAPER
Disebabkan warna kertas putih tidak akan akan meninggalkan kesan ke atas baju berwarna putih, anda tidak perlu risau tentang bentuk atau saiz imej anda. Anda hanya perlu menggunting lebihan kertas untuk memberikan kemasan yang lebih cantik.
Ketika mencetak, pastikan gambar dicetak secara ‘mirror image’. Ini adalah disebabkan oleh cara cetakan yang akan dilakukan menggunakan heat press kemudian. Mari lihat caranya melalui video di bawah.
Senang kan? Anda pasti boleh melakukannya!
KENAPA PILIH DARK-BASED TRANSFER PAPER?
Dark-based transfer paper digunakan untuk fabrik selain warna putih. Jika baju anda berwarna gelap, anda boleh gunakan dark-based transfer paper kerana imej yang dicetak tidak akan tenggelam akibat warna baju.
CARA PENGGUNAAN DARK-BASED TRANSFER PAPER
Untuk cetakan menggunakan dark-based transfer paper, anda tidak perlu mencetak dengan cara ‘mirror image’ akan tetapi anda perlu memastikan bahawa imej dirapikan menggunakan cutting plotter. Ini adalah kerana warna putih kertas boleh meninggalkan kesan ke atas baju berwarna dan menyebabkan hasil cetakan tidak cantik.
Lihat: Cutting Plotter untuk Mengemaskan Cetakan Anda
Maka anda perlu pastikan cuma imej yang ingin dicetak sahaja yang diletakkan ke atas fabrik anda. Mari lihat video di bawah untuk langkah-langkah percetakan menggunakan dark-based transfer paper.
Siap ada perbandingan antara jenis kertas lagi. Jangan risau, kami hanya jual kertas yang terbaik dari ladang! Tak percaya? Mari lawati kami di DIYPrintingSupply.com.
Sekarang anda sudah tahu perbezaan antara light-based dan dark-based transfer paper, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!
Masih tak percaya atau perlukan lebih pencerahan? Kami sedia membantu di talian berikut: +6019.3232.556 / +6019.3232.740 / +6019.3232.783
Anda juga boleh ajukan soalan anda ke alamat emel kami di ask@diyprintingsupply.com.