Dalam kepesatan teknologi pada hari ini, banyak platform berita telah beralih ke dalam bentuk digital. Mana tidaknya, sekarang semua orang asyik dengan peranti pintar masing-masing. Jadi tidak hairanlah jika perubahan ini turut berlaku dalam penghasilan berita. Ini termasuk dengan platform Majalah Labur.

Apa yang istimewanya Majalah Labur ni?

Buat yang belum tahu apa itu Majalah Labur, platform berita digital ini memaparkan berita-berita informasi berkenaan sektor ekonomi, kewangan dan pelaburan. Jadi apa sahaja yang anda ingin tahu berkenaan ilmu ekonomi dalam dan luar negara, di sinilah lubuk ilmu untuk anda.

5 perkongsian menarik Majalah Labur

1. Ilmu Saham

Perkongsian pertama dalam Majalah Labur adalah berkenaan ilmu saham. Mungkin tak ramai yang tahu atau berani nak ‘main saham’. Namun bagi mereka yang berminat dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam, Majalah Labur akan bantu anda dalam memberi informasi terkini supaya dapat mendedahkan kepada anda serba sedikit dengan ilmu saham ini.

Berita tentang saham ini telah dibahagikan kepada dua bahagian:

  1. Beginner: Panduan untuk mereka yang baru berjinak dalam bidang saham.
  2. Catalyst: Info berkenaan perkembangan saham dunia.
Grafik saham

2. Pelaburan

Informasi seterusnya yang dikongsikan oleh Majalah Labur adalah berkenaan pelaburan. Cakap tentang pelaburan ini memang tidak asing lagi. Sejak COVID-19 melanda dunia, ramai yang semakin tertarik untuk melabur. Tujuan melabur ini juga adalah salah satu alternatif menyimpan wang dan mendapatlkan hasil dividen dari pelaburan tersebut. Kebiasaannya rakyat Malaysia memang akan buka akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) ataupun Tabung Haji.

Jadi apa yang Majalah Labur sediakan untuk anda tambah ilmu pelaburan ini. Terdapat 2 bahagian juga pada perkongsian ini;

  1. Unit Amanah: Info dan panduan tentang pelaburan berkaitan kewangan
  2. Hartanah: Pelaburan berkenaan perumahan dan panduan membeli rumah pertama

3. Kewangan

Bab kewangan ini memang ada kalanya menjerut fikiran kita. Boleh jadi tak tidur malam kalau fikir pasal duit ni. Jadi apa yang Majalah Labur sediakan untuk anda adalah info untuK menguruskan wang dengan lebih bijak dan teratur.

Untuk perkongsian tentang kewangan ini, sebanyak 5 bahagian yang disediakan untuk anda;

  1. Ilmu Perancangan Harta
  2. Takaful
  3. Pembiayaan
  4. Bisnes
  5. Cukai
Rancang kewangan

4. Inspirasi

Selain berkongsi tentang tips-tips kewangan, tidak ketinggalan juga liputan berkenaan kisah-kisah inspirasi tentang bidang perniagaan dan keusahawanan tempatan dan antarabangsa. Kalau ada masa lapang memang seronok baca kisah kejayaan usahawan dunia ini. Mana tahu lepas ni kita pun dapat motivasi untuk mulakan perniagaan sendiri.

Antara kisah menarik yang dipaparkan dalam Majalah Labur ini adalah seperti;

  1. Kisah kejayaan syarikat besar Lego dan YouTube
  2. Jenama terkenal dunia yang dicipta oleh pelajar
  3. Strategi usahawan tempatan seperti Ustaz Ebit Liew dan Neelofa

5. Forex

Ada yang mula takut ke bila dengar pasal Forex ni?

Memang tidak dinafikan perdebatan tentang pembelian mata wang asing atau Forex sehingga hari ini tidak menemui titik noktah. Walaupun telah disahkan haram dan pelaburan cara ini juga tidak didaftarkan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), namun aktiviti Forex ini masih dijalankan oleh beberapa pihak.

Antara isu yang berbangkit pada perkongsian tentang Forex ini adalah;

  1. Hukum pelaburan Forex
  2. Perbezaan saham dan Forex
  3. Perbincangan antara pakar
Forex trading majalah labur

Menarik kan? Selama ni mungkin kita banyak membaca tentang politik dan hiburan sahaja. Tapi tak salah kalau kita ambil sedikit masa untuk ambil tahu isu ekonomi semasa. Dari membacalah kita dapat tambah ilmu baharu.

Bagi mereka yang sedang mengalami kejatuhan dalam perniagaan atau hilang pekerjaan. Portal ini juga menyediakan panduan dan memberi tips untuk anda menguruskan ekonomi keluarga.

Jika ada yang memasang niat untuk berniaga pula, kami di DIY Printing Supply memberi anda peluang untuk menerokai kebolehan dalam memulakan perniagaan. Segala kemudahan dan latihan akan kami sediakan. Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk anda mulakan kerjaya bersama kami!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?