Bagi yang ingin berjinak-jinak dalam dunia percetakan untuk cenderamata dan sebagainya, anda juga harus mengetahui serba sedikit mengenai percetakan Sublimation 3D.
Apa yang dimaksudkan dengan percetakan Sublimation 3D? Percetakan sublimation 3D ialah sebuah percetakan menggunakan proses percetakan jenis dye sublimation yang membolehkan anda untuk mencetak pelbagai jenis imej kepada permukaan lengkung tanpa perlu risau dengan warna yang terjejas.
Percetakan ini perlu menggunakan sublimation ink sama sahaja seperti heat transfer printing. Tetapi yang membezakannya ialah percetakan jenis ini memerlukan mesin 3D Vaccum Sublimation dan bukannya heat press. Malah ia turut memerlukan tool-tool khas untuk proses heating.
Bagaimana untuk cetak?
Anda hanya perlu print mirror image pada kertas sublimation dengan dakwat sublimation. Kemudian, vaccumkan sahaja dalam mesin. Untuk penerangan lanjut, sila lihat video kami disini.
Apaklah perbezaan antara heat transfer dengan 3D printing dalam mencetak permukaan sublimation?
Bagaimana? Menarik bukan? Dengan adanya 3D sublimation printing, rekaan anda akan tampak lebih menarik. Boleh buat percetakan penuh lagi 😀
Berminat dengan percetakan 3D kami? Ada soalan?
Hubungi kami di
019.3232.556
019.3232.740
019.3232.783
Atau email kami di
ask@diyprintingsupply.com
[huge_it_forms id=”3″]