Setiap kali tiba hari jadi, hidangan kek pastinya tidak akan dilupakan. Kalau kek untuk kanak-kanak mesti ada hiasan watak kartun kegemaran. Sekarang ni dah jadi trend kek hari jadi letak duit. Bila tarik hiasan atas kek hari jadi, duit pun ditarik sekali. Seronoknya!

Disebalik kegembiraan menyambut hari jadi, kek yang dihasilkan pasti ada pembuatnya kan? Biasanya beli sahaja dari kedai kek. Tapi ada juga yang berminat untuk ‘custom made’ kek hari jadi melalui home baker. Kalau kek tempah ni kita boleh pilih perisa dan rekaan sendiri. Lagi berbaloi kan.

Menjadi seorang home baker ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Perkara yang mendorong untuk membulakan perniagaan ini juga semestinya kemahiran dan minat. Kalau tiada minat memang susah nak baking ni.

Jadi untuk mereka yang bercadang untuk mula berniaga kek dari rumah. Ini 5 persediaan dan rahsia kejayaan untuk menjadi seorang home baker yang berjaya.

kek hari jadi

5 persediaan home baker berjaya

1. Rancang perniagaan anda

Sebelum ingin memulakan peniagaan, perkara pertama yang perlu diambil perhatian adalah merancang perniagaan anda. Ingat! kalau kita masak sedap tak bermakna kita boleh terus berniaga. Banyak proses yang perlu dirancang terlebih dahulu.

Antara perkara yang perlu dalam proses merancang perniagaan adalah seperti berikut;

  1. Penyediaan modal
  2. Resepi kek
  3. Tetapkan harga
  4. Cara pembungkusan
  5. Cara penghantaran

Kelima-lima perkara yang disenaraikan adalah penting bagi memastikan urusan perniagaan anda berada dalam keadaan yang terancang. Kalau kita bijak merancang, pasti semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah yang besar.

rancang perniagaan

2. Sediakan perkakas

Takkan nak masak guna bekas simpan ayam pula kan. Haa walaupun anda home baker, aspek kebersihan perlu diutamakan tau! Sebaiknya kita sediakan peralatan khas tak bercampur dengan peralatan harian kita di rumah. Selain itu, anda perlu sediakan juga alatan yang kita kena beli untuk simpan kek tersebut. Pastikan ukuran sama supaya tak tersalah beli pula nanti.

Apa perkakas yang penting untuk anda sediakan?

  1. Hand mixer
  2. Loyang kek
  3. Kotak kek
  4. Barang hiasan
  5. Label

Ini 5 perkakas asas. Selalunya bila dah sampai di kedai membekal barangan kek, pasti anda akan rambang mata. Tak salah membeli, janji ikut bajet yang telah ditetapkan. Bestnya shopping!

perkakas kek hari jadi

3. Ikuti kursus

Walaupun anda mahir di dapur, tapi apa salahnya untuk anda ikuti kursus baking. Kursus ini bagus tau. Banyak perkongsian yang akan diberikan. Tips-tips yang diperolehi juga boleh anda gunakan untuk tingkatkan kualiti kek yang ingin dijual.

Ada dua jenis kursus baking yang anda boleh sertai;

  1. Kursus dengan hadirkan diri ke kelas
  2. Kusus secara dalam talian

Kedua-dua kursus ini menyediakan anda dengan kemudahan dan tunjuk ajar yang sama. Apa yang membezakan hanyalah lokasi kursus tersebut dijalankan. Dalam keadaan pandemik Covid-19, ramai yang lebih berminat untuk mengikuti kursus secara dalam talian.

kursus buat kek

4. Promosi

Selepas kita lakukan semua perkara di atas, maka bemulalah fasa ‘perang promosi’!

Sekarang tak macam dulu, meniaga zaman melanial ini banyak kelebihannya. Antara kelebihan yang paling ketara adalah kemudahan media sosial. Ya! tak perlu bersusah payah pikir premis untuk anda mulakan perniagaan. Home baker pun boleh jana pendapatan lumayan tau!

Ini antara medium promosi melalui media sosial yang anda boleh gunakan;

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter

3 laman sosial di atas ini memang ramai sangat yang guna untuk mempromosikan perniagaan. Jadi takkan itu je caranya? Ada lagi rahsia lain tau. Jadi ini 3 rahsia promosi untuk tingkatkan jualan perniagaan anda;

  1. Contest Giveaway
  2. Promo perayaan
  3. Promo 2 item 1 harga

Banyak lagi cara yang lebih kreatif yang anda boleh hasilkan. Kalau kita berniaga ni memang macam-macam percaturan yang kita boleh buat. Kalau berjaya pasti dapat untung berlipat kali ganda.

promosikan barang dropship di media sosial

5. Letakkan matlamat

Semangnya dalam berniaga ini kita meletakkan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Namun, kita seharusnya meletakkan matlamat yang lebih besar daripada itu.

Mungkin ada yang ingin memberi peluang kepada orang lain untuk mulakan perniagaan dengan mengajar dan membuka kelas baking. Bagus tu, kalau kita ajar orang, lebih ramai yang akan dapat manfaat daripadanya.

Pelbagai matlamat yang kita boleh tetapkan, selain menetapkan kejayaan dan kekayaan peribadi, jika kita bantu orang lain untuk jadi seperti kita ianya adalah lebih baik kan? Tak kisah apa sahaja matlamat yang anda tetapkan. Percayalah matlamat itu mampu memberi motivasi kepada anda untuk terus berjaya.

letak matlamat

Kelebihan dan kelemahan menjadi home baker

Setiap kerjaya yang kita bina pasti ada kelebihan dan kekurangan. Sebagai informasi tambahan. Ini kami kongsikan beberapa kelebihan dan kelemahan berniaga kek dari rumah.

Kelebihan

  1. Mudah untuk mulakan perniagaan
  2. Modal yang kecil
  3. Asah bakat untuk jadi lebih kreatif
  4. Hasilkan kek mengikut tempahan
  5. Permintaan yang tidak putus

Kelemahan

  1. Makan ruang di dapur
  2. Korbankan hujung minggu
  3. Perlu kawal tempahan mengikut kemampuan
  4. Bahagikan komitmen kerjaya dan keluarga
kek hari jadi

Memilih kerjaya sebagai seorang usahawan memang mencabar. Tetapi jika ada minat yang mendalam tiada apa yang mustahil.

Untuk pada ibu yang ingin memulakan perniagaan menjual kek. Mungkin si ayah boleh juga ceburi bidang ini dengan menjadi sebahagian daripada usahawan percetakan. Boleh buat duit lebih tau! Jadi apa tunggu lagi, sertai kami sekarang. Latihan menjadi usahawan juga disediakan untuk anda.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?