Pada zaman yang moden dan mempunyai teknologi tinggi ini, kita mempunyai kamera digital, telefon mudah alih yang membolehkan semua orang suka dan gemar untuk mengambil gambar mereka sendiri and memuat naik ke laman sosial seperti facebook, instagram dan lain-lain.

Dengan perniagaan rekaan hadiah ini, anda boleh mengunakan kesempatan yang ada pada hobi pelanggan ini dengan mencadangkan mereka untuk membuat hadiah yang menarik hasil rekaan mereka sendiri.
Hadiah bergambar merupakan salah satu hadiah yang unik dan mempunyai tarikan yang tersendiri, ia juga salah satu hadiah yang terbaik untuk diberikan pada apa jua majlis.

Mug Bergambar 

Mug boleh menjadi permulaan yang baik bagi memulakan perniagaan percetakan ini. Sebagai contoh, ia boleh diberikan untuk majlis hari jadi atau majlis perkahwinan, anda juga boleh memberitahu si pengantin untuk mencetak gambar pre-wedding mereka pada mug untuk diberikan kepada tetamu yang datang pada hari perkahwinan mereka.

Puzzle Bergambar

Puzzle bergambar boleh menjadikannya lebih klasik sekiranya anda membuatkan rekaannya seperti vintage. Anda juga boleh mencadangkan pelanggan anda untuk mencetak gambar keluar mereka dalam bentuk puzzle dan meletakkannya di ruang tamu rumah mereka. Sekiranya pelanggan anda mempunyai tema rumah ala English style, anda boleh mereka dapat hadiah itu yang bersesuaian dengan rumah mereka.

Bekas Telefon Bergambar

Kebanyakkan pengguna telefon mudah alih sekarang mahukan bekas telefon atau casing yang menarik untuk menjadikan telefon mereka nampak unik dan lain dari yang lain. Dengan teknologi yang kami sediakan, pelanggan anda boleh mereka pelbagai jenis atau pelbagai gambar yang mereka mahukan.

Anda juga boleh mencadangkan pelanggan anda untuk membuat casing menggunakan gambar mereka sendiri. Ini nampak seperti perniagaan yang mudah, tetapi ia juga memberikan peluang yang tinggi untuk menaikkan hasil jualan dalam bidang percetakan.

Kepelbagaian jenis hadiah bergambar ini merupakan salah satu sebab sudah menjadi pilihan yang terkenal semasa membeli hadiah untuk seseorang pada masa-masa yang tertentu. Ambil peluang yang berharga ini untuk memulakan perniagaan percetakan gambar ini serta berpeluang meraih keuntungan sendiri berdasarkan hasil kreatif anda sendiri.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?