Anda baru sahaja memiliki mesin heat press yang anda idam-idamkan. Tetapi, anda mula berdepan dengan kekangan mengenai penggunaan mesin heat press dan hasil percetakan anda. Pasti anda akan mula tertanya-tanya adakah salah anda ataupun salah mesin itu sendiri. 

Jangan risau. Kami bersedia untuk membantu anda.

“Kenapa bila setiap kali saya heat, result dia tak sama. Saya ada buat apa-apa salah ke?”

Terdapat 3 elemen pada mesin heat press – suhu, masa dan tekanan

Anda boleh cuba periksa suhu yang anda gunakan, berserta masa dan juga tekanan yang anda gunakan. Jangan terus heat tetapi cuba dahulu pada bahan-bahan lain. Cuba juga untuk panjangkan masa sewaktu buat transfer heating. Sekiranya anda masih lagi tidak dapat hasil yang baik, cuba semak printing pada printer juga, terutamanya jika ada garisan putus pada nozzle check result. Ini berkemungkinan percetakan tidak cantik seperti yang diharapkan. Ianya lebih kepada try and error sebenarnya sehinggalah anda dapat hasil yang diingini.

“Bila saya print sahaja, transfer ink tu sampai tembus belakang baju. Kenapa ya?”

Ini mungkin berpunca daripada tekanan yang digunakan. Jika anda menggunakan terlalu banyak tekanan pada heat press, ini akan menyebabkan transfer ink boleh tembus. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengurangkan tekanan yang dikenakan dan kurangkannya jika perlu. 

“Alamak, macammana ni. Rosak dah T-shirt sebab heat press ni. Dah lain sangat dah warna dia ni. Masa heat bag pun sama.”

Anda harus tahu bahawa setiap fabrik mempunyai melting point nya yang tersendiri. Anda tidak boleh menggunakan suhu yang sama untuk setiap jenis fabrik. Sekiranya anda menggunakan suhu yang tinggi untuk setiap jenis fabrik, memang rosaklah fabrik anda. Pastikan anda menetapkan suhu yang bersesuaian dengan jenis fabrik yang anda gunakan. Selain itu, antara yang anda boleh lakukan ialah:

  • Pastikan fabrik atau tekstil tahan kepada panas sekurang-kurangnya pada suhu 180 c
  • Untuk printing yang canrik pastikan material yang digunakan adalah betul dan ink yang bersesuaian. Contohnya: pigment ink untuk cotton t-shirt sahaja, sublimation ink untuk cenderamata dan baju nipis berwarna putih sahaja. Anda juga boleh heat pada warna light seperti krim tetapi warnanya akan berubah sedikit. Tetapi ianya masih boleh diterima.

“Saya dah heat elok-elok tapi design ini senang tercabut.”

Apabila anda berdepan dengan situasi ini, jangan panik. Ada beberapa perkara yang anda dapat lakukan. Antaranya ialah:

  1. PANASKAN dahulu garment. Ini kerana ianya membantu untuk membebaskan sebarang kelembapan dan juga kedutan yang boleh mengganggu sebarang lekatan
  2. PASTIKAN anda menggunakan suhu dan juga penentuan masa yang tepat. (Kalau tidak, susah design nak lekat :D)
  3. PASTIKAN tekanan dikenakan dengan ketat supaya material melekat pada baju dengan elok.

Apabila berkaitan dengan mesin heat press, adalah lebih baik sekiranya anda mula bereksperimen terlebih dahulu dengan beberapa bahan yang anda untuk mendapatkan hasil yang diingini. 

Kami harap kami telah sedikit sebanyak telah membantu anda. Ada apa-apa TIPS yang ingin anda kongsikan kepada kami?

Jangan lupa berkongsi <3

[huge_it_forms id=”3″]

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?