Emas merupakan salah satu logam yang sangat berharga yang diciptakan oleh Allah SWT. Maka tidak hairanlah jika emas ini dijadikan salah satu unsur pelaburan sepanjang zaman.

Keistimewaan emas ini juga telah diriwayatkan dalam kitab suci Al-Quran menerusi Surah Al-Hajj ayat 33;

“Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera,”

Sebelum kita kupas dengan lebih lanjut mengenai pelaburan emas. Apa kata kita kenal dulu dengan ciri-ciri yang ada pada emas ini. Jangan ingat emas untuk barang kemas je tau!

Ciri-ciri emas

1. Emas tidak akan rosak

Salah satu sifat yang ada pada emas ini adalah ketahanan. Emas merupakan logam lembut yang mudah dibentuk. Kalau kita ke kedai barang kemas pun boleh tengok macam-macam bentuk rekaan emas yang dihasilkan.

Emas juga tidak akan rosak dalam apa jua keadaan sama ada dibakar, reput, terhakis mahupun berkarat. Oleh sebab itulah emas dianggap unsur yang bernilai dan mampu mengangkat status seseorang apabila memilikinya.

Emas tidak akan rosak

2. Kuasa beli kekal sepanjang zaman

Kalau kita simpan duit lama pun sekarang dah tak boleh guna kan? Nilai pun sudah tidak ada. Tetapi berbeza dengan emas. Emas boleh digunakan sampai bila-bila dan kekal berharga.

Percaya atau tidak, nilai yang ada pada emas ini tidak akan terjejas. Walaupun berlaku naik dan turun, Namun ianya masih berharga untuk anda gunakan berpuluh tahun yang akan datang.

Mungkin dalam 30 tahun lagi duit yang kita ada sekarang sudah tidak laku. Tetapi jika anda mempunyai emas, emas itulah yang akan menampung kehidupan anda kelak.

Nilai kekal sepanjang zaman

3. Trend peningkatan harga emas

Perasan tak akhir-akhir ini orang ramai berebut nak beli emas. Yang jual emas pun setiap hari buat promosi harga emas. Kenapa benda ini berlaku? Sedar atau tidak sejak 10 tahun yang lalu, trend peningkatan harga emas meningkat secara drastik.

Pada Januari 2011, harga emas hanya pada kadar 33.74 USD/gram. Namun pada Januari 2021, berlaku peningkatan sehingga 66.47 USD/gram. Ini menunjukkan berlaku lebih 42% peningkatan dalam tempoh 10 tahun! Sebab itulah ramai yang beli emas sekarang sebab kita tak tahu berapa mahal emas akan dijual 10 tahun akan datang.

Graf harga emas

Apa itu pelaburan emas?

Dah kenal emas kan? Lepas ni barulah kita boleh tambah ilmu tentang pelaburan emas pula. Dalam penerangan seterusnya, kita akan sama-sama mengenali jenis, kelebihan dan risiko dalam melakukan pelaburan emas.

Pelaburan emas didefinisikan sebagai proses pembelian emas secara fizikal ataupun membeli sebarang produk-produk kewangan berasaskan emas bagi tujuan mendapatkan ketuntungan.

Di Malaysia, kebiasaannya ramai yang melabur dengan pembelian emas secara fizikal. Ini kerana kaedah pelaburan ini lebih mudah dan selamat kerana kita dapat menyimpan emas yang telah dibeli.

Namun begitu, terdapat juga pelaburan emas secara digital. Bagi yang berminat dengan kaedah ini, anda tidak akan menerima emas tersebut untuk disimpan, tetapi akan diselia oleh pihak yang bertanggungjawab. Kebiasaannya perkhidmatan emas digital ini banyak ditawarkan di bank-bank tempatan dan antarabangsa.

pelaburan emas Maybank

Jenis pelaburan emas

1. Emas fizikal

Bagi pelaburan emas fizikal, dengan setiap pembelian emas, anda akan menerima emas dalam bentuk barang kemas, jongkong dan syiling. Bagi barang kemas, anda boleh membelinya di mana-mana kedai emas yang berdekatan dengan anda. Rekaan dan berat juga ditetapkan mengikut citarasa dan kemampuan anda.

Bagi syiling dan jongkong emas pula, anda boleh dapatkan di beberapa institusi yang menjual emas antaranya;

  • Maybank: syiling Kijang Emas
  • UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Dinar: dinar emas

2. Emas digital

Pelaburan emas secara digital selalunya akan direkodkan menerusi akaun bank peribadi anda. Ya! Anda perlu melakukan urusniaga melalui bank pilihan anda yang menawarkan perkhidmatan jual beli emas.

Di sini, pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Terdapat beberapa bank yang menyediakan perkhidmatan ini. Antaranya adalah;

  • Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
  • Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
  • Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100, 000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.
pelaburan emas Al-Rajhi

3 perkara penting sebelum melabur emas

Ada yang dah bersedia ke nak mulakan pelaburan dengan emas? Tunggu dulu. Anda perlu selidik terlebih dahulu faktor-faktor penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli emas.

Berikut adalah 3 perkara penting yang anda perlu beri perhatian dalam urusan jual beli emas.

  • Spread: Kadar susut nilai

Speard berlaku apabila wujud perbezaan antara harga belian dan jualan atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil.

  • Ketulenan emas

Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.

  • Kesediaan stok

Produk pelaburan emas yang baik akan berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Maka, anda perlu memastikan emas yang ditawarkan bukan sahaja tersedia untuk dijual, malah perlu melihat kualitinya.

Satu lagi perkara penting yang tidak boleh anda abaikan adalah pembayaran zakat emas bagi orang Muslim. Dah beli banyak emas tu jangan lupa pula untuk tunaikan ibadah zakat.

zakat emas

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya” (Sahih Muslim)

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Jika anda baru terfikir-fikir untuk membuat pelaburan emas. Mungkin pada masa yang sama anda juga berminat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Jika anda ada menyimpan hasrat tersebut, kami di DIY Printing Supply sudi membantu dan merealisasikan impian anda! Lepas ni bukan emas je boleh beli. Nak buka kedai emas pun boleh.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?