Tahniah! Akhirnya anda membuat keputusan untuk ceburi perniagaan percetakan. Peluang perniagaan ini merupakan cabaran baru ke, dah pernah ada pengalaman? Sebenarnya tak penting pun, sebab di diyprintingsupply kami menyediakan pakej-pakej perniagaan yang menarik, mampu milik dan komprehensif untuk anda.

Pertama sekali, apa yang anda nak cetak? Baju, mug, lencana butang (button badge)? Kami mempunyai segalanya dan banyak lagi barang-barang percetakan menarik. Apa yang anda perlu buat hanyalah meneroka website kami. Okay, memandangkan anda dah ada kat sini, biar kami senaraikan beberapa jenis pakej perniagaan yang kami sediakan.

1. Pakej Perniagaan Cetak Baju T-Shirt

Perniagaan t-shirt bercetak ialah perniagaan yang sangat lumayan dan merupakan peluang perniagaan yang berbaloi. Kenapa? Sebab ia merupakan barang yang mempunyai permintaan yang tinggi. Dari individu ke organisasi kerajaan dan swasta, semua mahukannya. Jadi, jika anda berminat atau merancang nak membuat perniagaan cetak t-shirt, ini pakejnya. Di dalam pakej ini anda akan dapat mesin heat press manual clamshell, pencetak inkjet sublimasi dan juga pelbagai jenis aksesori percetakan.

2. Pakej Perniagaan Cetak Mug

Selain perniagaan cetak t-shirt, perniagaan cetak mug juga bagi pulangan yang lumayan sebab ia sama seperti t-shirt bercetak di mana permintaan untuknya tinggi. Ia juga mempunyai target pasaran yang sama. Bagi pakej cetak mug, anda akan diberi mesin heat press mug, pencetak inkjet sublimasi serta aksesori-aksesori percetakan yang akan tolong memudahkan proses percetakan.

3. Pakej Perniagaan Cetak Kad Nama

Risau terlalu ramai saingan bagi pasaran t-shirt dan mug bercetak? Ceburilah perniagaan cetak kad nama. Peluang perniagaan ini tidak sesempit seperti mug dan t-shirt, jadi anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat untung dengan mudah. Pakej cetak kad nama ini akan bekalkan anda dengan pemotong kad nama (name card cutter), pencetak berwarna inkjet dan juga aksesori-aksesori berkaitan.

4. Pakej Perniagaan Cetak Sticker Label

Peluang perniagaan cetak sticker label juga tak mempunyai saingan sebanyak cetakan mug dan t-shirt. Tetapi permintaan untuknya tetap tinggi. Jadi, jika anda pilih untuk ceburi bisnes cetak sticker label, anda tak perlu risau pasal keuntungannya. Dalam pakej cetak sticker label kami, anda akan dapat mesin label sticker serta aksesori-aksesori untuknya.

5. Pakej Perniagaan Hadiah Custom-Made

Sekarang merupakan trend untuk menghadiahkan orang-orang tersayang dengan hadiah custom-made, jadi anda harus mengambil peluang perniagaan cepumas ini dan memulakan bisnes percetakan hadiah custom-made. Melalui pakej hadiah custom-made kami, anda akan dibekalkan dengan mesin heat press swing-away, pencetak inkjet sublimasi dan juga barang-barang aksesorinya.

Ini hanyalah segelintir daripada pakej perniagaan percetakan kami. Anda tak perlu risau pasal cara nak operasi mesin-mesin kami sebab latihan peribadi ‘1 on 1’ akan diberikan. Jika anda nak lihat pakej-pakej lain ataupun nak cari barang-barang percetakan seperti aksesori sublimasi, terokailah website kami.

Selain daripada itu, kami juga sediakan perkhidmatan percetakan kes telefon pintar, pad tetikus dan banyak lagi di Printcious bagi mereka-mereka yang berminat membuat hadiah custom-made bagi orang yang tersayang ataupun untuk diri sendiri. Jenis-jenis hadiah yang boleh diubah suai design merangkumi pelbagai aspek seperti hadiah untuk wanita, hadiah untuk lelaki dan hadiah untuk kanak-kanak. Itu hanya kategori penerima, belum lagi kategori perayaan, pekerjaan dan lain-lain. Jadi lawatlah kami hari ini dan cipta hadiah yang unik dengan pantas dan mudah.


 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?