Siapa dekat sini yang lulus permohonan i-Sinar haritu? Amboi senyum sampai ke telinga ya. Mana tidaknya, waktu-waktu pandemik Covid-19 ni dapat buat pengeluaran KWSP memang lapang laa sikit dada tu kan.

Tetapi tidak semua senasib dengan kita, ada juga sesetengah individu yang permohonan mereka di tolak. “Tapi KWSP ni kan duit sendiri, kenapa susah pula nak keluarkan?”

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan KWSP ini.

Apa itu KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951 bertujuan untuk membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Hari ini, KWSP terus menyempurnakan lagi visi untuk kekal relevan dan berperanan untuk terus mencipta persaraan yang lebih baik untuk semua ahli. Ia menguatkan lagi komitmen untuk melindungi simpanan ahli dan meningkatkan dedikasi dalam memberi perkhidmatan cemerlang.

Selari dengan visi utama iaitu membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik, pihak KWPS akan meneruskan mandat dengan merangkumi pembangunan infrastruktur negara dan dalam masa yang sama melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan ahli.

Dalam erti kata mudah adalah KWSP ini sebuah badan berkanun yang akan uruskan simpanan anda untuk hari persaraan kelak. Sampai satu tempoh matang, anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk kegunaan anda selepas bersara.

bangunan kwsp

Semua orang ke boleh mohon i-Sinar?

Berbalik kepada perbincangan kita berkenaan i-Sinar, apa yang perlu kita tahu tentang inisiatif ini?

Pada 6 November, selepas belanjawan 2021 yang lalu, pihak kerajaan telahpun membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk akaun satu dan diberi nama sebagai i-Sinar berikut adalah perkara yang harus anda tahu tentang program ini.

Program ini adalah untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100. Jadi bagi mereka yang mempunyai baki akaun 1 sebanyak RM1100 layak untuk membuat permohonan i-sinar ini. Bagi jumlah maksimum pula, pihak KWSP telah menetapkan sebanyak RM10,000 boleh dikeluarkan dengan beberapa kali pembayaran.

Jika sebelum ini pihak KWSP telahpun memberikan kemudahan i-Lestari dimana ahli KWSP dibolehkan untuk mengeluarkan RM500 setiap bulan wang simpanan KWSP daripada akaun 2 bagi meringankan beban ahli akibat daripada wabak covid-19.

Ini adalah langkah proaktif oleh pihak kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga tatkala berhadapan dengan pandemik yang dahsyat ini. Walaupun ianya simpanan sendiri, namun kelonggaran syarat yang diberikan oleh kerajaan mampu mengurangkan beban rakyat.

Kriteria pemohon i-Sinar

Untuk maklumat anda, i-Sinar menawarkan 2 kategori. Berikut adalah kriteria-kriteria yang telah ditetapkan:

Kategori 1

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, dan:

  • Anda sudah lama tidak mencarum
  • Seorang suri rumah
  • Anda bekerja sendiri dan bekerja di sektor ekonomi gig
  • Individidu yang hilang pekerjaan
  • Anda diberi cuti tanpa gaji
  • Hilang sumber pendapatan

Tiada dokumen perlu disertakan bersama permohonan. Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP:

  • Tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  • Mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.

Kategori 2

Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.

Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
  • Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
  • Dokumen sokongan lain yang berkaitan seperti penyata bank dan surat pengesahan majikan.

Jadi anda kategori yang mana? Untuk mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di atas, permohonan telah dibuka bermula 21 Disember yang lalu untuk tempoh 6 bulan. Masih sempat ni!

penegluaran kwsp i-sinar

Lain-lain kemudahan pengeluaran KWSP

Mungkin ada yang beranggapan bahawa KWSP ini hanya berfungsi untuk caruman selepas bersara sahaja. Tapi tahu atau tidak sebenarnya banyak lagi kemudahan yang disediakan. Jom kita sama-sama tengok apa yang boleh kita manfaatkan dari pengeluaran KWSP ni.

Pengeluaran Sebahagian

  • Mencapai umur 50 tahun: Untuk persediaan persaraan
  • Pendidikan: Membantu pembiayaan sendiri atau anak-anak
  • Beli rumah: Membiayai pembelian rumah
  • Bina rumah: Membiayai pembinaan rumah
  • Mengurangkan baki pinjaman rumah
  • Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  • Perumahan fleksibel: KWSP sebagai syarat tingkatkan kelayakan pinjaman
  • Perumahan PR1MA
  • Haji: Wang tambahan untuk menunaikan ibadah haji
  • Kesihatan: Menampung perbelanjaan dan peralatan perubatan
  • Simpanan Melebihi 1 Juta
  • i-Lestari

Pengeluaran Penuh

  • Umur 55: Capai tahap umur persaraan
  • Umur 60: Skim pencen kerajaan bagi pekerja sektor awam
  • Pekerja berpencen dan pesara pilihan
  • Hilang upaya secara mental atau fizikal
  • Meninggalkan negara: Bagi warganegara yang ingin berhijrah atau bukan warga negara yang ingin kembali ke negara asal
  • Kematian: Ahli keluarga si mati akan menerima KWSP
logo KWSP

“Oh banyak lagi tujuan pengeluaran KWSP ni.” Ya betul tu, kita je yang tak tahu atau mungkin juga belum tiba masanya untuk kita tahu dengan lebih mendalam tentang fungsi KWSP ini.

Bila dah bersara dan dapat keluarkan duit KWSP tu mesti ada simpan hasrat nak relex dan bercuti dengan keluarga kan? Ye lah lepas kerja hampir 40 tahun, waktu ini lah nak luangkan masa dengan family.

Tapi ada juga pesara yang tak boleh duduk diam. Nak juga buat sesuatu walaupun di rumah. Jadi apa kata dengan duit KWSP yang ada tu kita buat perniagaan percetakan kecil-kecilan. Dengan pelbagai tawaran hebat dan latihan keusahawan. Kini kerjaya selepas bersara, keinginan untuk menjadi seorang usahawan berjaya bakal menjadi kenyataan. Ayuh sertai kami sekarang!

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?