Mesin “Heat Press”, ialah sejenis mesin percetakan yang mengandungi permukaan logam yang dipanaskan secara elektronik dan ianya dikenali sebagai ‘platen’. Mesin “Heat Press” atau Mesin Tekanan Haba berfungsi sama seperti seterika yang digunakan untuk menggosok baju. Tetapi yang membezakan kedua pemanas ini adalah tekanan habanya, permukaan pemanas yang luas dan menggunakan kawalan suhu yang tepat. Hal ini bertujuan, untuk memastikan pemanasan bahan-bahan yang ditekan itu, dapat menghasilka­n produk yang berkualiti secara konsisten.

Mesin ini telah direka khas buat usahawan percetakan, untuk mencetak pelbagai jenis rekaan atau corak ke atas pelbagai jenis permukaan seperti t-shirt, bantal kusyen, pinggan dan banyak lagi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin tekanan haba ini.

Tambahan lagi, dengan menggunakan haba dan tekanan ini juga, ia dapat memindahkan rekaan atau corak ke atas permukaan fabrik. Teknik tekanan dan haba yang digunakan oleh mesin ini akan menghasilkan cetakan yang berkualiti tinggi, jika pengusaha mengetahui langkah-langkah dan jenis produk yang sesuai digunakan dalam menghasilkan cetakan yang sempurna.

‘Heat Press Machine’ atau Mesin Tekanan Haba ini semakin dikenali dan digunakan secara meluas dalam industri percetakan, malah hasil cetakannya juga sangat berkualiti tinggi dan memuaskan hati. Oleh sebab itu, perniagaan ini menjadi tarikan kepada usahawan yang ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan lagi perniagaan dalam bidang percetakan.

Jika anda seorang yang sukakan cabaran dan berminat dalam perniagaan percetakan t-shirt, cenderahati atau dekorasi, anda pastinya memerlukan mesin ini – Heat Press Machine dari jenama HEATranz.

Secara realitinya, mesin tekanan haba ini sangat berbaloi untuk dibeli dan dimiliki oleh usahawan percetakan. Walaupun harga mesin tekanan haba agak mahal tetapi jika ianya berkualiti tinggi, anda mampu mengaut keuntungan serta modal dalam jangka masa yang terdekat sahaja. Jika dibandingkan dengan alat percetakan yang lain, mesin tekanan haba bertindak dan bekerja lebih pantas malah menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Anda boleh layari laman sesawang kami di DIYPrintingSupply.com untuk keterangan dan maklumat yang lebih lanjut. Untuk sedikit pengenalan tentang kegunaan mesin heat press, anda boleh menonton video di bawah.

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?