Kebelakangan ini, teknik percetakkan pemindahan haba semakin mendapat tempat di pasaran percetakkan dan pembuatan produk hadiah/cenderamata “personalised”.

Teknik ini lebih unik dan menguntungkan kerana anda tidak perlukan MOQ (Minimum order quantity).  Jadi ianya amat sesuai bagi perniaga baru atau kecil-kecilan.

Antara keistimewaan teknik percetakkan pemindahan haba ini adalah ianya mesra alam. Kerana itu juga ianya amat selamat dilakukan.

Apa yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan percetakan pemindahan haba?

Mesin Heat Press

05

Anda memerlukan sebuah mesin heat press untuk memproses dan memindahkan rekaan dari foto digital kepada produk-produk akhir seperti t-shirt, sarung kusyen dan sebagainya.  Untuk menghasilkan produk-produk ini, anda perlu pelajari teknik yang betul bagi memastikan suhu tekanan dan tempoh masa untuk memproses adalah sesuai.

Kertas dan Ink “Sublimation”

Dengan mengunakan dakwat sublimation yang berkualiti tinggi dan kertas sublimation, gambar yang dicetak pada produk akan lebih jelas dan tahan lebih lama.

Digital printing by Mabuzi.com

Untuk pengetahuan anda, teknik percetakan “heat press” ini dapat menghasilkan lebih daripada 200 jenis produk cenderamata. Teknik ini juga dapat membantu anda memulakan perniagaan untuk menjana pendapatan tambahan.  Ini kerana, memulakan perniagaan berlandaskan percetakan “heat press” ini tidak memerlukan modal permulaan yang tinggi namun menjanjikan pulangan yang lumayan.

Sebagaimana yang kami maklumkan dari awal tadi, proses mencetak cenderamata mengunakan teknik “heat press” ini amat mudah dan cepat.  Untuk melihat lebih jelas, saksikan video tutorial dibawah:

Mulakan Perniagaan Percetakkan dan Pembuatan Cenderamata
Hubungi Kami Sekarang Untuk Keterangan Lanjut!!!

Nama Syarikat : DIY Printing Supply Sdn. Bhd.(983005-H)
Nombor yg Boleh Dihubungi : 019.3233.864 / 019.3232.556 /019.3232.740
Website : www.DIYPrintingSupply.com
Emel : enquiry@DIYPrintingSupply.com
Facebook : www.facebook.com/diyprintingsupply

 

 

 

Berminat nak mulakan bisnes sendiri?