Jika anda sudah biasa dalam bisnes gift printing, mustahil jika anda tidak pernah melihat atau mengunakan mesin heat press. Tetapi, adakan anda menjaga mesin heat press dengan cara yang betul dan sempurna? Macam mana kalau mesin heat press anda secara tiba-tiba menghasilkan produk reject yang banyak? Mestilah anda rugi! Jangan bimbang lagi, hari ini kami akan terangkan langkah-langkah yang perlu anda amalkan untuk memastikan mesin heat press anda terjaga.
Mesin heat press adalah mesin yang berfungsi sebagai perantara untuk pemindahan dakwat kepada bahan cetak yang sesuai, contohnya seperti cawan, baju, key-chain dan lain-lain. Dengan itu, setiap kali mencetak, anda haruslah mengamalkan beberapa langkah supaya mesin heat press anda akan tetap kekal berkualiti dalam jangka masa yang panjang.
Langkah pertama: Bersihkan upper platen. Pastikan upper platen pada mesin heat press anda sentiasa bersih.
Langkah kedua: Lindungi teflon coating. Jika teflon coating pada mesin heat press anda sudah nipis atau haus, gantikan dengan teflon coating yang baru.
Langkah ketiga: Selalu melincirkan bahagian handle menggunakan gris. Bahagian-bahagian yang perlu digris ialah bahagian yang berpotensi untuk berkarat dalam masa yang akan datang, contohnya seperti handle, skru dan lain-lain.
Langkah keempat: Selalu menggunakan bahagian tengah mesin semasa mencetak. Pastikan bahan cetakan anda berada di kedudukan yang betul kerana jumlah tekanan yang sempurna terletak di bahagian tengah mesin.
Adakah anda handal mengendalikan mesin heat press? Kalau jawapan anda tidak, atau anda ingin memahami ilmu pengendalian mesin heat press yang lebih mendalam, kami di DIY Printing Supply ada menyediakan latihan secara praktikal. Hubungi staf kami untuk membuat temujanji di nombor yang tertera.
Miss Sammi: +6019 3232 556
Miss Nadia: +6019 3233 864
Miss Erny: +6019 3232 740